Harian Metro

Tak menyesal hilang kaki

Bekas perajurit terkena bom buatan sendiri musuh ketika meronda

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

“Saya tidak pernah menyesal walaupun kehilangan kaki ketika bertugas menentang komunis demi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati kemerdekaa­n,” kata Koperal (B) Abdul Rahim A Karim, 62.

Menurutnya, dia hilang kaki kanannya kerana hancur akibat terkena bom buatan sendiri musuh yang diletakkan pada perangkap samar di Wang Kelian, Perlis pada 11 Jun 1982.

Menceritak­an semula detik itu, Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan rondaan di lokasi itu sebagai rutin tugasan dalam Operasi Kota Echo sebelum terpijak perangkap samar berkenaan.

“Sebaik terpijak bom yang dihasilkan daripada tin sardin, paku dan bahan lain bahan, ia kemudian meletup.

“Serpihan itu menyebabka­n muka dan badan saya terasa pedih kerana luka sebelum saya melihat kaki kanan terkulai.

“Ketika kejadian, saya separuh sedar kerana kehilangan banyak darah dan terpaksa dipikul rakan untuk dibawa ke helikopter menuju Hospital Pulau Pinang bagi mendapatka­n rawatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, sejurus sedar, dia dimaklumka­n doktor mengenai keadaan kaki kanannya yang hancur akibat kejadian itu.

“Ketika itu, saya rasa ia dugaan yang hebat perlu ditempuhi apatah lagi isteri sarat mengandung anak sulung.

“Namun, saya yakin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya termasuk sebagai tanda pengorbana­n kepada negara ketika bertugas,” katanya yang pernah menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada 2008.

Menurutnya, dia tidak pernah terdetik rasa kesal dengan keadaan dirinya yang kehilangan kaki ketika bertugas dan menganggap­nya sebagai pengorbana­n kepada negara.

“Kemerdekaa­n yang diraih kita ketika ini adalah hasil perjuangan perajurit negara dahulu dan kenanglah jasa mereka yang berjuang itu dengan memahami erti sebenar kemerdekaa­n.

“Golongan muda dinasihatk­an supaya menanam semangat juang dan tidak membiarkan diri mereka dijajah dengan anasir luar termasuk dadah,” katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menanggung kos bagi dirinya dan isteri, Dania Bin, 51, menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.

“Ketika saya hadir pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong memaklumka­n pihak Istana Negara akan menanggung perbelanja­an kami menunaikan haji tahun hadapan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memberi peluang kami menunaikan haji, sekali gus menyempurn­akan impian saya,” katanya.

Ketika kejadian, saya separuh sedar kerana kehilangan banyak darah dan terpaksa dipikul rakan untuk dibawa ke helikopter menuju Hospital Pulau Pinang bagi mendapatka­n rawatan”

Abdul Rahim A Karim

 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? ABDUL Rahim kehilangan kaki kanan angkara pengganas komunis di Wang Kelian, Perlis pada 1982.
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ABDUL Rahim kehilangan kaki kanan angkara pengganas komunis di Wang Kelian, Perlis pada 1982.
 ??  ?? ABDUL Rahim bersama isterinya, Dania melihat gambar kenangan ketika ditemui di rumah mereka.
ABDUL Rahim bersama isterinya, Dania melihat gambar kenangan ketika ditemui di rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia