Harian Metro

Tipu jual beli tanah RM2.4J

Drebar e-hailing mengaku tak bersalah terhadap 40 pertuduhan

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas 40 pertuduhan menipu urusan jual beli tanah berjumlah lebih RM2.4 juta, tahun lalu.

Tertuduh, Noridah Abd Aziz, 39, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini.

Noridah bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu pemilik kedai motosikal, P Krishnan.

Noridah dikatakan memperdaya­kan Krishnan bahawa dia akan menguruska­n urusan jual beli tanah di Forest City bagi pihak lelaki berkenaan.

Tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM2.483 juta ke dalam akaun sebuah bank tempatan menerusi beberapa transaksi di sekitar Johor Bahru antara Mac hingga Julai tahun lalu.

Noridah dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat selain denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Chan Choon Yew manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Choon Yew memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan berikutan kes mengikut seksyen berkenaan tidak membenarka­n jaminan diberikan kecuali dengan ihsan mahkamah.

Choon Yew juga memohon supaya pasport tertuduh diserah kepada mahkamah selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan rumahnya pada setiap bulan.

Majistret kemudian memerintah­kan tertuduh dijamin RM5,000 setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan nilai keseluruha­n jaminan adalah RM200,000.

Mahkamah menetapkan 13 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

 ??  ?? NORIDAH mengaku tidak bersalah atas 40 pertuduhan menipu dalam urusan jual beli tanah di Forest City, dekat Iskandar Puteri.
NORIDAH mengaku tidak bersalah atas 40 pertuduhan menipu dalam urusan jual beli tanah di Forest City, dekat Iskandar Puteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia