Harian Metro

‘Tak pernah dimaklum’

Pengarah tidak buat persetujua­n pembayaran kepada Aabar Seychelles

- Kuala Lumpur

Mahkamah Tinggi, semalam diberitahu lembaga pengarah 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tidak pernah dimaklumka­n mengenai pembayaran berjumlah AS$681 juta kepada sebuah syarikat dikenali sebagai Aabar Investment PJS Ltd yang diperbadan­kan di Seychelles (Aabar Seychelles) pada 2014.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (gambar) berkata, pengarah juga tidak memberi sebarang persetujua­n bagi pembayaran terbabit dikeluarka­n daripada 1MDB Energy Holdings Limited kepada Aabar Seychelles.

Saksi berusia 50 tahun yang mula memberi keterangan sejak akhir tahun lalu berkata demikian semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraa­n kes rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitka­n RM2.3 bilion dana 1MDB.

Beliau ditanya sama ada mengetahui syarikat Aabar lain, yang memiliki nama yang sama dengan syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Aabar Investment­s PJS Ltd (BVI) (Aabar BVI).

Sebelum ini, mahkamah dimaklumka­n Jho Low dan rakan-rakannya menubuhkan Aabar BVI di British Virgin Islands agar serupa dengan Aabar Investment PJS (Aabar Investment), yang juga anak syarikat sebenar Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Wan Aizuddin: Setakat ini, adakah anda tahu terdapat dua entiti Aabar Investment­s PJS Ltd yang dikatakan, satu (diperbadan­kan) di British Virgin Islands dan satu lagi di Seychelles?

Shahrol Azral: Saya mungkin ditunjukka­n dengan dokumen itu semasa siasatan.

Wan Aizuddin: Anda bersetuju ia tidak ada kaitan dengan Aabar (Aabar Investment) yang sebenarnya?

Shahrol Azral: Saya tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.

Pada hari pertama perbicaraa­n, pihak pendakwaan dalam pernyataan pembukaann­ya, memaklumka­n mahkamah bahawa lebih AS$175 juta daripada AS$975 juta pinjaman penyambung, sudah dibayar ke akaun bank Aabar BVI, yang didakwa sebahagian daripada jumlah itu untuk membeli kembali opsyen Aabar bagi pembelian dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Sementara itu, US$681 juta daripada pinjaman itu dimasukkan ke dalam akaun Aabar Seychelles antara 3 September dan 30 September 2014.

Wan Aizuddin mencadangk­an hasil pinjaman terbabit tidak pernah dibayar kepada Aabar yang sebenarnya, tetapi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Aabar Seychelles.

Bagaimanap­un, Shahrol Azral berkata, Mohd Hazem Abdul Rahman yang juga CEO selepasnya, memaklumka­n kepada lembaga pengarah 1MDB dana itu digunakan untuk membayar balik opsyen Aabar.

Wan Aizuddin: Hasil pinjaman tidak pernah dibayar kepada Aabar?

Shahrol Azral: Seperti yang dikemukaka­n oleh Mohd Hazem, ya.

Wan Aizuddin: Wang itu sebenarnya dipindahka­n dalam dua bahagian ke Aabar Seychelles.

Shahrol Azral: Ya. Menjawab soalan lain oleh Wan Aizuddin, saksi berkenaan mengatakan keputusan untuk mengambil pinjaman itu dibincangk­an antara pemegang saham dan mereka bersetuju dengan pembiayaan semula.

“Pada 2014 dan 2015, banyak keputusan untuk opsyen Aabar dan jaminan IPIC sudah dibuat di peringkat Pejabat Perdana Menteri,” kata Shahrol Azral.

Wan Aizuddin: Adakah anda setuju dengan saya bahawa tentunya, pemegang saham dan pengerusi lembaga penasihat (merujuk kepada Najib) hanya akan bersetuju kepada apa yang dicadangka­n oleh pihak pengurusan?

Shahrol Azral: Saya tidak dapat memberi komen (mengenai perkara ini) kerana saya tidak mengetahui mengenai perbincang­an antara pengurusan dan pengerusi lembaga penasihat.

Wan Aizuddin: Adakah anda setuju dengan saya bahawa sebagai ahli perniagaan yang berhemah, daripada mengambil pinjaman itu, menjual aset pilihan yang lebih baik?

Shahrol Azral: Ya, akan lebih masuk akal untuk menjual dan membayar opsyen Aabar.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang membabitka­n jumlah yang sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia