Harian Metro

TOKAN CENGKAM DADAH DIPAYUNGI PIHAK BERKUASA SATU PULAU

- Oleh Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Masalah dadah di Langkawi tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai operasi dijalankan namun bilangan penagih serta rampasan dadah tetap bertambah. Tahun lalu, seramai 1,230 penagih dadah ditahan dan jumlah itu adalah yang kedua tertinggi selepas Kota Setar. Kenapa ia berlaku? Skuad Khas

Harian Metro mengunjung­i pulau berkenaan baru-baru ini bagi merungkai persoalan itu.

‘ Escobar Langkawi ini akan mewujudkan rangkaian ‘selamat’ untuk terus mengedarka­n dadah dalam kalangan penagih” Sumber

Masalah dadah di pulau peranginan terkemuka ini tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai operasi dijalankan polis dan

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), bilangan penagih serta rampasan dadah tetap bertambah.

Tahun lalu, 1,230 penagih dadah ditahan dan jumlah itu adalah yang kedua tertinggi selepas Kota Setar.

Kenapa ia berlaku? Bagi merungkai persoalan ini, Skuad Khas Harian Metro mengunjung­i pulau berkenaan baru-baru ini bagi membongkar apa sebenarnya yang berlaku.

Berdasarka­n risikan melalui sumber tertentu dan menemu bual mereka yang terbabit, ternyata permasalah­an itu tertumpu kepada pembabitan secara langsung anggota pasukan beruniform biru.

Menurut sumber, kegiatan penagihan dan penjualan dadah di pulau itu membabitka­n tokan kecil yang dikawal seorang anggota polis dan konconya serta sebarang tokan baharu mahu berurus niaga akan ditahan jika tidak

mendapat ‘restu’ mereka.

Katanya, pasukan itu sengaja mewujudkan rangkaian tokan dadah mereka sendiri bagi memudahkan mereka mengawal pengedaran dalam kalangan penagih.

“Dalam erti kata lain, mereka sengaja

mewujudkan rangkaian sama seperti dijalankan Pablo Escobar iaitu Raja Dadah dunia yang memonopoli pengedaran dadah di Amerika Syarikat pada 1980-an dan 1990-an sebelum ditembak mati pada 1993 untuk menjalanka­n urus niaga

dadah di Langkawi.

“Maksudnya, akan ada seorang pengedar utama yang akan ‘dipayungi’ anggota terbabit dalam menjalanka­n kegiatan. Mana-mana tokan baharu akan dicantas agar mereka tidak dapat bertapak.

“Escobar Langkawi ini akan mewujudkan rangkaian ‘selamat’ untuk terus mengedarka­n dadah dalam kalangan penagih. Kebanyakan dadah diseludup dari negara jiran iaitu pil kuda, heroin dan syabu melalui laluan tikus,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada operasi atau tangkapan dan rampasan dadah dibuat polis namun ia hanya game untuk menutup mulut masyarakat.

Escobar yang dimaksudka­n adalah Mat Nahar berusia lewat 30-an, seorang penduduk tempatan yang aktif menjalanka­n kegiatan utama pengedaran dadah dan bergelar jutawan.

Beliau yang ‘dilindungi’ juga menjadi penyumbang ‘dana’ terbesar kepada anggota terbabit dan konconya.

Anggota terbabit sudah 20 tahun berkhidmat dengan pasukan dan menjadi nadi kepada polis jika mahu melakukan operasi menahan tokan.

Memperinci­kan kegiatan anggota terbabit, sumber

yang tidak mahu dinamakan atas faktor keselamata­n berkata, beliau anggota dikenali sebagai Mr N.

“Tanpa Mr N, tiadalah tangkapan atau rampasan dadah di pulau itu untuk lengkapkan statistik. Ini wayang sahaja,” katanya.

Katanya, tanpa kebenaran Mr N, tokan baharu tidak boleh beroperasi dan jika ingkar, mereka akan ditahan.

Diminta menjelaska­n struktur organisasi Mat Nahar, sumber sama berkata, dia mempunyai dua orang kanan warga Thailand selain beberapa tokan warga tempatan.

“Mereka dikenali sebagai Mat Zan Kelabu dan Mat Salam. Difahamkan, Mat Zan sudah ditahan manakala Mat Salam masih bebas,” katanya.

Katanya, mereka ditugaskan menghantar bekalan dadah kepada empat tokan besar lain iaitu Bagok yang mengawal kawasan Klebang, Mapler (Padang Matsirat), Sheila (Mata Ayer/Bukit Malut) dan Kudik (Bayas).

“Di kawasan ini pula, dadah itu diagihkan kepada tokan kecil untuk dipasarkan,” katanya.

Namun usia Mat

Nahar tidak panjang, beliau rentung dalam kebakaran rumahnya di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di sini, April tahun lalu juga turut meragut nyawa isteri dan anak lelakinya.

“Kematianny­a menjadi misteri kerana berdasarka­n siasatan bomba di lokasi kejadian kebakaran bermula di ruang tengah rumah iaitu tempat Mat Nahar dijumpai rentung manakala isteri serta anak lelakinya ditemui dalam bilik air.

“Walaupun bomba ada menyaranka­n kepada polis agar siasatan dijalankan kerana disyaki ada berlaku kejadian jenayah namun tidak diketahui sama ada siasatan dijalankan atau tidak,” katanya.

Bagaimanap­un, kegiatan pengedaran dadah terus berlaku sekalipun Mat Nahar sudah tiada. Ia dipercayai dijalankan konconya dan mereka ini berkomprom­i dengan Mr N untuk terus beroperasi.

Sambungan Misteri kematian Mat Nahar @ Pablo Escobar Langkawi esok.

 ??  ??
 ??  ?? BILANGAN rampasan dan penagih dadah yang ditahan semakin bertambah di Pulau Langkawi.
BILANGAN rampasan dan penagih dadah yang ditahan semakin bertambah di Pulau Langkawi.
 ??  ?? RAMLI (tengah) memeriksa sebahagian 91 individu yang ditahan dalam operasi pada awal Mac lalu, sebelum PKP dilaksanak­an.
RAMLI (tengah) memeriksa sebahagian 91 individu yang ditahan dalam operasi pada awal Mac lalu, sebelum PKP dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia