Harian Metro

Bantu layak ke Olimpik Paris 2024

-

Kuala Lumpur: Selepas gagal dalam misi ke Sukan Olimpik sebelum ini, bekas pelumba negara, Nor Effandy Rosli bertekad membantu pelumba pasukan berbasikal Ayam Gepuk MTB meraih tiket dalam acara berbasikal bukit pada Sukan

Olimpik Paris 2024.

Bekas pelumba berusia 52 tahun itu menjelaska­n walaupun sasaran berkenaan disifatkan berliku, namun yakin pengalaman luasnya dalam sukan berbasikal dapat membantu dua pelumba pasukan berkenaan iaitu anak perempuann­ya, Nur Deena Safia serta Tengku Alif Haryz Tengku Hazril mencapai misi berkenaan.

“Sasaran ke Sukan Olimpik itu memang tinggi, tapi bagi saya kita ada masa lebih kurang empat tahun lagi. Jika dana mencukupi dan pendedahan kejohanan antarabang­sa diberikan secara berterusan, saya yakin mampu capai sasaran.

“Kalau kita lihat pasukan seperti China dan Jepun sentiasa menghantar pelumba ke beberapa kejohanan antarabang­sa termasuk Piala Dunia, namun sayangnya kita tidak pernah menghantar pelumba kita ke kejohanan sedemikian,” katanya pada majlis penajaan daripada pemilik Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus, Mohd Firdaus Wahid, di sebuah cawangan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nor Effandy yang juga pengurus pasukan berbasikal Sukan

Malaysia (Sukma) Wilayah Persekutua­n, memaklumka­n, sasaran jangka pendek adalah membantu pasukannya meraih dua pingat emas pada Sukma 2020 Johor yang ditunda kepada Mac tahun depan.

Nor Effandy bukan nama asing dalam berbasikal lebuh raya negara, dan antara pencapaian cemerlangn­ya meraih pingat perak dalam acara lepas beramai-ramai individu pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, selain pernah memenangi pingat emas pada Sukan Sea Kuala Lumpur 1989. - Bernama

 ??  ?? NOR Effandy (kiri) pada majlis penajaan pasukan Ayam Gepuk MTB.
NOR Effandy (kiri) pada majlis penajaan pasukan Ayam Gepuk MTB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia