Harian Metro

Bekas pemain berentap anjur kutipan amal

-

Kuala Terengganu: Bekas bintang terkemuka negara yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor bakal berentap dalam perlawanan amal bagi mengumpul sumbangan buat dua bekas legenda bola sepak skuad Penyu, Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar akibat penyakit dihidapiny­a.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu (PBPBT) Mat Sedek Wahab berkata, perlawanan amal antara bekas pemain skuad Penyu dan The Red Giants itu bakal berlangsun­g pada 15 Ogos ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Katanya, demi rasa keprihatin­an membantu mengumpul sumbangan dana bagi meringanka­n beban dua bekas pemain Terengganu, pihak persatuan bekas pemain negeri terpanggil mengadakan perlawanan itu.

Beliau berkata, antara bekas pemain kebangsaan yang bakal beraksi dalam perlawanan amal itu termasuk bekas kapten negara, Rosdi Talib di samping Subri Sulong, Hairuddin Omar, Mohd Ashari Samsudin, Badrulhish­am Abdullah, Anuar Jusoh, Norhisham Hassan, Mazuki Yusof, Nor Farhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Othman Mat Khiar dan penjaga gol, Mohd Syamsuri Mustafa yang akan mewakili Terengganu.

“Bekas pemain kebangsaan yang mewakili Selangor termasuk penyerang Azman Adnan, Malek Rahman, Nizaruddin Yusof, Tengku Hazman Raja Hassan, Azrul Amri Burhan, Hardi Jaafar, Shahrin Majid, Nazrulerwa­n Makmor, Ivan Yusof, Talib Sulaiman dan pen

‘ Walaupun perlawanan tanpa penonton, peminat setia yang bermurah hati boleh menyumbang ke dalam tabung di luar stadium tempat duduk berbumbung” Mat Sedek Wahab

jaga gol Azizon Kadir.

“Walaupun perlawanan tanpa penonton, peminat setia yang bermurah hati boleh menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang diletakkan di luar stadium tempat duduk berbumbung,” katanya.

Mohd Fadali, 53 yang lebih mesra dipanggil Wek kini terlantar kerana masalah saraf dan jangkitan kuman akibat kencing manis manakala Rosli, 59 diserang penyakit strok.

“Fadali yang beraksi di posisi pertahanan pada era 90-an manakala Rosli di jentera serangan pada era 80-an adalah watak penting dalam skuad Terengganu,” katanya.

 ??  ?? STADIUM Shah Alam yang uzur dengan banyak kerosakan.
STADIUM Shah Alam yang uzur dengan banyak kerosakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia