Harian Metro

40% BIASISWA PROGRAM DIPLOMA

MIU tawar pengajian tinggi terbaik untuk lepasan SPM, STPM

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Walaupun Malaysia antara negara yang paling berjaya menangani wabak Covid-19, ekonomi negara tetap menerima kesan daripada pandemik ini.

Tahap penganggur­an kini adalah yang tertinggi dalam tempoh satu dekad ini dengan anggaran 3.9 peratus dan dijangka meningkat sehingga 5.5 peratus.

Industri utama seperti pelanconga­n, hiburan, perhotelan, spenerbang­an dan peruncitan terjejas teruk manakala pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka menurun sebanyak 2.6 peratus.

Keadaan ini pastinya memberi kesan terhadap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam menentukan hala tuju mereka untuk memilih program akademik sesuai jika melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Justeru, bagi memastikan jaminan peluang pekerjaan pada era pasca Covid-19, lepasan SPM dan STPM harus memikirkan untuk memilih program di peringkat diploma atau pengajian asasi sebagai laluan menuju kepada program ijazah pertama.

Dalam usaha meningkatk­an kedudukan ekonomi, kerajaan perlu melabur lebih banyak lagi dalam sektor pembuatan dan ini bermaksud lebih banyak peluang dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) untuk diisi oleh generasi pelajar hari ini.

Keusahawan­an dan kemahiran bidang perakaunan juga akan menjadi fokus penting untuk membina semula ekonomi dalam era pasca Covid-19.

Pelajar SPM dan

STPM perlu cepat mengembang­kan kemahiran teknikal dalam bidang kejurutera­an, sains dan perniagaan dan memperoleh kemahiran teknikal secepat mungkin kerana ia cara terbaik bagi menjamin peluang kerjaya di masa depan.

Manipal Internatio­nal University (MIU) yang juga sebahagian daripada Manipal Education Group dari India adalah salah satu institusi pengajian tinggi terbaik untuk meneroka program di peringkat diploma.

Kumpulan Manipal mempunyai lebih 60 tahun pengalaman dalam pendidikan terutama di bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan perubatan.

MIU menyediaka­n program di peringkat diploma dan ijazah dalam bidang Kejurutera­an Elektronik (komputer), Kejurutera­an Mekanikal, Kejurutera­an Awam, Pentadbira­n Perniagaan dan Komunikasi Massa.

MIU juga menyediaka­n program ijazah dalam bidang Kejurutera­an Kimia, Kejurutera­an Komputer, Bioteknolo­gi, dan Perakaunan.

Selain itu, MIU turut menawarkan 40 peratus biasiswa untuk semua program diploma manakala bagi pelajar yang mengekalka­n pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 2.0 dan ke atas layak untuk memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tawaran biasiswa sehingga 50 peratus untuk program ijazah sarjana muda dengan PTPTN sehingga 100 peratus juga turut disediakan.

Tidak hanya membabitka­n pembelajar­an teori,

MIU juga menyediaka­n 100 peratus latihan industri untuk semua program. Latihan industri mendedahka­n pelajar kepada amalan sebenar di sesebuah syarikat yang beroperasi dalam persekitar­an Industri 4.0.

Semua graduan juga perlu melengkapk­an projek akhir pengajian dan seterusnya mempersiap­kan mereka untuk keperluan Industri 4.0 (IR 4.0) berasaskan bidang pengajian masingmasi­ng.

Semua program

MIU di peringkat asasi, diploma dan ijazah sudah menerima perakuan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) termasuk Program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). MIU juga adalah ahli bersekutu di bawah Associatio­n of MBA (AMBA) bagi program MBA.

Program ditawarkan MIU juga diiktiraf Majlis Akreditasi Kejurutera­an (EAC) dan Washington Accord untuk program pengajian kejurutera­an.

Bagi program Bioteknolo­gi MIU didaftarka­n sebagai

Pusat Kecemerlan­gan

Industri (ICOE) di bawah naungan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia dan program perakaunan menjalin kerjasama dengan Chartered Institute of Management Accountant­s (CIMA) dan Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA).

MIU mempunyai 48 makmal sains dan kejurutera­an canggih yang tertinggi di negara ini untuk pembelajar­an praktikal. Selain itu, MIU juga mempunyai studio Komunikasi Massa terbaik di negara ini.

Pengambila­n pelajar baru diploma dan ijazah MIU yang seterusnya adalah pada 24 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program di MIU, hubungi talian 1800 222 648 atau e-mel kepada enquiry@miu.edu.my atau layari laman sesawang www.miu.edu.my.

 ??  ?? MIU menawarkan kesepaduan pembelajar­an berasaskan teori dan praktikal
kepada pelajarnya.
MIU menawarkan kesepaduan pembelajar­an berasaskan teori dan praktikal kepada pelajarnya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia