Harian Metro

Haqiem Rusli buka restoran

-

Kuala Lumpur: “Saya tak tahu bagaimana nasib dalam industri pada masa depan. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga saya buat keputusan buka kedai makan dikenali SanThai Village,” kata penyanyi dan komposer muda berbakat, Haqiem Rusli (gambar).

Haqiem ditemui ketika pelancaran restoranny­a di Platinum Walk, Setapak, berkata dia harus bijak membuat perancanga­n masa depan pada ketika dirinya masih ada ‘nilai’ dalam industri hiburan.

Pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli ini berkata, melihat dirinya kini masih diterima baik dan sangat dikenali peminat, ia masa paling bagus untuknya menceburi bidang perniagaan.

“Ini adalah idea saya dan keluarga. Ia mula dirancang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila saya terlalu memikirkan masa depan dan terbabit dalam perniagaan adalah keputusan tepat.

“Manalah tahu, jika suatu hari nanti saya dah tiada rezeki dalam nyanyian, diharapkan restoran ini boleh jadi back up dalam kehidupan saya.

“Saya sebenarnya pernah buat perniagaan lain sebelum ini, tapi tak menjadi. Mungkin kerana lokasinya, kurang sesuai selain tiada pasukan yang mantap. Apapun saya tak serik untuk terus mencuba,” katanya.

Penyanyi lagu Jatuh Bangun dan Tergantung Sepi ini memilih steamboat dan barbeku sebagai menu utama di restoranny­a.

“Menerusi SanThai Village, saya cuba wujudkan suasana kampung tetapi hidangan utama adalah sajian Thai yang pastinya menepati cita rasa pelanggan.

“Malah, yang membezakan menu steamboad di restoran saya dengan tempat lain ialah citarasa asam pedas. Namun, ada juga hidangan sampingan lain boleh dipilih pelanggan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia