Harian Metro

BAJA PEMUSNAH

Ammonium nitrat mampu hasilkan letupan, gas beracun

- Kuala Lumpur Bernama

Gas terhasil daripada ammonium nitrat yang terbakar boleh menyebabka­n kematian dan memberi kesan terhadap alam sekitar serta kesihatan.

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Ir Dr Mohammed Alias Yusof menjelaska­n ammonium nitrat juga boleh menjadi bahan letupan jika dicampurka­n dengan diesel mengikut nisbah tertentu dikenali sebagai bahan letupan komersial atau Ammonium Nitrate Fuel Oil

(ANFO).

“Letupan ANFO menghasilk­an gas nitrogen dioksida berwarna merah dan beracun, jika ia dalam kuantiti yang banyak dan berada di tempat tertutup boleh menyebabka­n kematian serta membahayak­an alam sekitar.

“Debu dan asap yang terhasil daripada letupan itu boleh menjejaska­n kualiti udara yang seterusnya memberikan kesan kepada kesihatan seperti masalah pernafasan dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ammonium nitrat adalah sebatian kimia dengan formula kimia NH4NO3 yang berwarna putih seperti garam kasar, terdiri daripada campuran ammonium, nitrogen dan oksigen.

Ia biasa digunakan sebagai baja pertanian dan sering menjadi punca banyak letupan industri sejak beberapa dekad lalu.

Mengulas mengenai tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, Lubnan pada Selasa, Mohamed

Alias berkata, berkemungk­inan pada awalnya berlaku kebakaran dan letupan kecil di tempat penyimpana­n ammonium nitrat itu.

“Seterusnya ada kemungkina­n stor tersebut menyimpan bahan letupan di dalamnya atau di bawah tanah stor.

“Kebakaran daripada ammonium nitrat ini menyebabka­n bahan letupan yang disimpan berdekatan­nya meletup dan berlaku letupan yang amat besar,” katanya.

Jelas Mohammed Alias, di Malaysia permit import ammonium nitrat adalah di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang mewartakan bahan itu sebagai agen bahan letupan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi penyimpana­n ammonium nitrat pula adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, penyimpana­n, permit, pengilanga­n bahan letupan komersial seperti ANFO adalah di bawah Akta Bahan Letupan 1957 yang dikawal oleh PDRM,” tambahnya.

Dua letupan besar menggegark­an Pelabuhan

Beirut pada 6.10 petang (waktu tempatan) itu menyebabka­n kemusnahan serta kerosakan besar di seluruh ibu kota Lubnan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 135 orang terbunuh, 5,000 yang lain cedera dan lebih 300,000 hilang tempat tinggal.

Angka berkenaan dijangka meningkat kerana banyak mangsa dilaporkan hilang dan perkhidmat­an kecemasan di bandar Beirut beroperasi dalam keadaan tertekan akibat pandemik Covid-19 apabila empat hospital terjejas akibat letupan tersebut.

Maklumat awal mendapati letupan berkemungk­inan berpunca daripada 2,750 metrik tan ammonium nitrat yang disimpan sejak 2014 di gudang pelabuhan itu.

 ??  ?? KEMUSNAHAN akibat letupan di Pelabuhan Beirut, Lubnan.
KEMUSNAHAN akibat letupan di Pelabuhan Beirut, Lubnan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia