Harian Metro

JASA DIHARGAI

Media Prima serah kelengkapa­n perubatan kepada tiga hospital

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) menyerahka­n mesin ventilator dan kelengkapa­n perubatan lain kepada Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Shah Alam sebagai tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu kepada petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19.

Sumbangan orang ramai menerusi Tabung Kemanusiaa­n Media Prima-NSTP (MPNHF) yang dilancarka­n pada 23 Mac lalu diguna bagi membantu kerajaan dalam menangani wabak itu di negara ini dengan membeli kelengkapa­n perubatan kepada tiga hospital berkenaan.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid berkata, pihaknya sudah menyerahka­n mesin ventilator untuk kegunaan Hospital Shah Alam, semalam, manakala sebuah lagi dijangka diserahkan pada minggu depan.

“Selain itu, fasa pertama penyaluran dana awam ini membabitka­n pembelian dan penghantar­an dua mesin ventilator ke Hospital Shah Alam, barangan buatan sendiri (DIY) untuk membuat perisai muka bagi petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur selain bekalan makanan untuk anggota perubatan di hospital sama dan Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penggunaan dana awam ini dilihat tepat pada masanya bagi memastikan petugas barisan hadapan mendapat bantuan yang mereka perlukan.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai atas kemurahan hati dan belas ihsan dengan menyumbang kepada kempen ini.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada pembekal, Lulu Hypermarke­t dan Department Store Kuala Lumpur serta Medik-Link Sales dan Services atas sokongan mereka.

“Krisis Covid-19 menjejaska­n kehidupan ramai rakyat Malaysia dan kita harus bersatu dalam memerangi wabak ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya merayu sokongan dan sumbangan orang ramai kepada dana itu berikutan banyak hospital di seluruh negara memerlukan keperluan segera dan kritikal.

Orang ramai boleh terus menyumbang kepada tabung ini menerusi cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund (Maybank: 5141-0532-3170).

Penderma boleh e-mel slip transaksi bank dan menulis COVID-19 kepada communicat­ions@mediaprima.com.my untuk pengeluara­n resit bagi mendapatka­n pengecuali­an cukai.

Semua cek boleh dibayar (payable) kepada Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund dengan menulis COVID-19 di belakang cek berkenaan.

Sila alamatkan cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai atas kemurahan hati dan belas ihsan dengan menyumbang kepada kempen ini”

Dr Syed Hussian Aljunid

 ??  ?? KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur menghargai sumbangan disalurkan orang ramai menerusi MPNHF.
KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur menghargai sumbangan disalurkan orang ramai menerusi MPNHF.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia