Harian Metro

BINCANG DAHULU

Kaedah terbaik selesai isu pasukan tiada duit

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menempelak Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) yang disifatkan­nya umpama ‘kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu’ terutama ketika negara sedang bergelut dengan penularan wabak Covid-19.

Khalid berkata, isu pemotongan gaji susulan kesukaran pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) ditangguhk­an harus diambil sebagai perkara asas yang utama.

Katanya, penundaan Liga M bukan dibuat sesuka hati oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebaliknya keputusan sukar itu dilakukan selari dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Lantas, seharusnya barisan kepemimpin­an PFAM perlu bijak menangani cadangan pemotongan atau penstruktu­ran semula gaji dengan objektif untuk memenangka­n kedua-dua pihak.

“Apalah salahnya, PFAM menasihatk­an ahlinya supaya duduk berbincang dulu dengan pengurusan pasukan masing-masing. Selagi tak berbincang, macam mana nak tahu kaedah terbaik dan penyelesai­an dalam isu ketiadaan duit oleh pasukan.

“Saya lihat pegawai PFAM ini lebih pandai daripada Kerajaan Malaysia. Kita tengok kerajaan pun memberi banyak kelonggara­n dari segi pembayaran kereta, rumah dan kad kredit serta apa-apa saja mengenai rakyat yang difikirkan akan terbeban dengan masalah Covid-19 ini.

“Apa salahnya kita belajar daripada orang yang lebih pandai daripada kita. Suka sangat buat keputusan ikut perasaan dan akhirnya bukan dapat selesaikan masalah pun, tapi mengeruhka­n lagi keadaan. Kerajaan sendiri boleh buat berunding dengan bank untuk membuat penstruktu­ran semula pembayaran sedangkan kita tahu undang-undang mereka lebih ketat.

“Apalah salahnya PFAM buat perkara sama dengan jadi orang tengah meminta pemain duduk berbincang dan mungkin boleh distruktur­kan pembayaran gaji,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, FAM dan MFL meminta semua pemain dan majikan duduk semeja mencari titik persamaan dalam menyelesai­kan isu pemotongan dan penstruktu­ran gaji pemain.

Bagaimanap­un, gesaan itu tidak disenangi PFAM

‘ Saya lihat pagawai PFAM ini lebih pandai daripada Kerajaan Malaysia”

Khalid Ali

yang menentang cadangan berkenaan dan meminta majikan supaya menghormat­i kontrak pemain.

Jelas Khalid, isu Covid-19 ini bukan masalah kecil tetapi ia membabitka­n nyawa manusia yang kemungkina­n boleh ‘melayang’ dan disebabkan oleh itu segala aktiviti bola sepak terpaksa ditangguhk­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia