Harian Metro

Saingan olahraga dikaji

-

Tokyo: Persekutua­n Olahraga Dunia (WA) sedang berusaha bagaimana untuk memulakan kembali saingan musim ini dan mengkaji sebarang perubahan yang perlu untuk proses kelayakan ke temasya Olimpik, jelas presidenny­a, Seb Coe.

Badan sukan induk itu berharap dapat menjalanka­n beberapa siri perbincang­an yang akan bermula Ogos hingga Oktober ini, bagi membolehka­n atlet kembali menyertai pertanding­an secepat mungkin.

“Kami belum tahu tarikh temasya tahun depan namun selepas mereka (Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa dan kerajaan Jepun) membuat keputusan, kami akan melihat sebarang kesan kepada Kejohanan Olahraga Dunia Oregon 21,” kata Coe.

Ramai yang menjangkak­an kejohanan di Eugene, Oregon itu akan dipindahka­n pada 2022.

WA juga akan menyediaka­n sebarang jawapan mengenai kemusykila­n mengenai perubahan proses kelayakan Olimpik Tokyo.

Mereka mula melihat kembali proses kelayakan Olimpik selepas IOC dan badan sukan bersetuju semua atlet yang sudah melayakkan diri akan kekal beraksi tahun depan.

“Bagi acara olahraga kelayakan utama adalah berdasarka­n pembabitan atlet hingga Mac ini,” kata Coe.

Sementara itu, peminat Formula Satu (F1) hanya akan mengetahui selewat-lewatnya minggu depan sama ada saingan Grand Prix (GP) British akan dilangsung­kan atau tidak.

Badan sukan pemotoran dunia cuba untuk menyusun kembali perlumbaan selepas lapan aksi pembukaan bagi kempen 2020 dibatalkan dan ditunda akibat wabak Covid-19.

Satu lagi yang bakal mengganggu penganjura­n GP British ialah keputusan bakal dilakukan All England Club bagi memutuskan mengenai kejohanan tenis Wimbledon tahun ini.

Wimbledon sepatutnya berakhir seminggu sebelum GP British bermula di Silverston­e. - Reuters

 ??  ?? COE
COE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia