Harian Metro

MURAH HATI RINGANKAN BEBAN

Selebriti Korea Selatan tak tunggu lama untuk berbakti kepada rakyat senegara hadapi Covid-19

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Situasi getir akibat penularan wabak Covid-19 sememangny­a menjejaska­n banyak aspek terutama apabila Perintah Berkurung (PK) atau Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan di seluruh dunia.

Menjadi negara kedua di Asia paling terjejas akibat wabak itu, rakyat Korea Selatan turut berdepan krisis kesusahan hidup.

Saluran bantuan baik kewangan mahupun peralatan amat diperlukan terutama daripada selebriti.

Selebriti di Korea Selatan tidak perlu menunggu lama untuk berbakti kepada rakyat senegara. Hakikatnya, ramai tampil menghulur sumbangan kepada badan tertentu, malah sanggup berhabis wang untuk menyumbang.

Selebriti terbabit termasuk pengarah filem Parasite, Bong Joon-Ho yang menderma RM360,500 kepada Persatuan Bantuan

Bencana Hope Bridge

Korea.

Organisasi terbabit mengesahka­n mereka menerima wang berkenaan daripada pengarah itu sendiri.

Persatuan itu menggunaka­n bantuan berkenaan untuk membeli peralatan termasuk topeng muka, sanitasi tangan dan peralatan lain yang penting buat mengendali­kan pembasmian wabak terbabit.

Sementara itu, walaupun memilih untuk menderma secara rahsia, niat murni Gong Yoo itu terdedah jua. Bintang filem Train To Busan itu dikhabarka­n menderma sejumlah wang menggunaka­n nama sebenarnya, Gong Ji-Cheol.

Derma berkenaan disalurkan kepada

Komuniti Hati Korea

(CCK) dengan harapan ia dapat meringanka­n beban keluarga berpendapa­tan rendah dan kakitangan perubatan.

Bintang drama Crash Landing On You, Son Ye-jin juga menyumbang derma kepada persatuan terbabit untuk cawangan Daegu, tempat ibu bapanya tinggal.

Menurutnya, dia mahu penduduk di sana turut diberikan bantuan sewajarnya.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu terutama kepada penduduk berpendapa­tan rendah yang memerlukan bantuan dapatkan rawatan membasmi Covid-19,” katanya dalam satu temu bual.

Tidak ketinggala­n,

Lee Byun-hun yang popular menerusi filem Hollywood, G.I. Joe: Retaliatio­n dan drama Mr Sunshine memilih untuk menyalurka­n bantuan kepada CCK.

Turut menderma untuk persatuan terbabit termasuk pelakon, Kim Woo-Bin dan teman wanitanya, Shin Min-A secara perseorang­an. Demikian juga pelakon, Jung Woo-Sung memilih persatuan itu.

Bekas anggota iKon iaitu B.I pula menghulur sumbangan RM710,000 untuk membeli 100,000 topeng muka untuk diberikan kepada mereka yang tidak mampu membelinya.

Dia turut mendermaka­n 20,000 unit kepada anggota kelab peminatnya di Korea Selatan dan China.

Begitu juga penyanyi IU turut menderma jumlah sama kepada dua organisasi termasuk Persatuan Perubatan Korea. Wang disalurkan itu tidak lain untuk memudahkan kerja kakitangan perubatan di bandar paling terjejas iaitu Daegu.

Sebuah lagi organisasi yang menerima sumbangan itu ialah Good Neighbors.

Seperti kebiasaan, penyanyi dan pelakon

Suzy juga antara yang pertama tampil memberi sumbangan. Dia sememang sentiasa berbakti kepada masyarakat untuk sebarang tujuan kebajikan sejak dulu.

Bagaimanap­un, dia memilih merahsiaka­n organisasi tempatnya menyalurka­n akibat penularan wabak ini.

Tidak terkecuali, pelakon, Lee Seung-gi pula menyumbang derma untuk membantu kanak-kanak yang dimasukkan hospital. Ia berikutan golongan itu paling mudah dijangkiti wabak terbabit.

Sementara itu, lebih 11,000 peminat BTS pula menderma sejumlah lebih RM1.8 juta kepada Persatuan Bantuan Bencana Hope Bridge Korea.

Derma itu hasil wang pembelian tiket yang sepatutnya dikembalik­an selepas banyak konsert BTS dibatalkan.

Saya berharap sumbangan ini dapat membantu terutama kepada

penduduk berpendapa­tan rendah yang memerlukan bantuan dapatkan

rawatan

SON YE-JIN

 ??  ??
 ??  ?? PEMINAT BTS guna wang tiket untuk derma lebih RM1.8 juta.
PEMINAT BTS guna wang tiket untuk derma lebih RM1.8 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia