Harian Metro

‘HADIAH’ INGKAR PKP

Empat lelaki berdepan tuduhan langgar arahan

-

Empat lelaki akan dituduh di Mahkamah Sepang kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an di negara ini sejak 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah

Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semua mereka sebelum ini ditahan ketika anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat sekatan jalan OPS Covid-19.

“Pada 25 Mac lalu jam 8.30 malam PDRM dan ATM menahan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun.

“Semakan ke atas kereta berkenaan mendapati tiada rekod kenderaan hilang, sementara semakan kad pengenalan dapati tiada rekod dikehendak­i polis.

“Hasil temu bual dapati ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak dapat memberi keterangan yang munasabah mengenai pergerakan mereka keluar dari rumah seperti mana arahan PKP yang dikeluarka­n.

“Pada hari sama, jam 8.45 malam polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun, menaiki motosikal. Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan gagal memberi keterangan munasabah mengenai pergerakan­nya semasa PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Wan Kamarul Azran berkata, bagi semua lelaki berkenaan pihaknya menerima perintah penyiasata­n (OTI) dan siasatan sudah dijalankan di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatka­n keputusan siasatan.

“Pihak polis menerima arahan untuk tuduh di bawah Peraturan 3 PPPPB dan dihukum di bawah Peraturan 7 (1) PPPPB (Langkah-langkah Di Bawah Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran menasihatk­an orang ramai supaya mengikut arahan PKP yang dikuatkuas­akan pada 18 Mac hingga 14 April depan.

Menurutnya, polis Sepang akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan pentadbira­nnya bagi memastikan orang ramai mengikut arahan berkenaan.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang di dapati melanggar arahan terbabit seperti mana yang diperuntuk­kan di bawah

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kertas siasatan sudah lengkap

dan dirujuk ke Pejabat Timbalan

Pendakwa Raya

Wan Kamarul Azran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia