Harian Metro

Jackie belum sembuh

-

Kuala Lumpur: Jaguh tukul besi negara, Jackie Wong masih lagi dibelenggu wabak Covid-19.

Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata, keadaan kesihatan Jackie stabil, namun masih lagi dalam rawatan apabila pemeriksaa­n kali kedua mendapati dia masih lagi positif wabak itu.

“Saya sentiasa berhubung dengan dia bagi mengetahui perkembang­an semasa dan berharap cepat sembuh seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Terdahulu, Jackie menjadi atlet pertama didapati positif Covid-19 menerusi ayahnya dan kini dikuaranti­n di Hospital Sibu sejak seminggu lalu.

Berikutan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) ditutup untuk proses sanitasi manakala beberapa atlet dan pegawai sukan pula dikuaranti­n untuk pemeriksaa­n lanjut.

Muthu berkata, semua 37 atlet dan tujuh pegawai sukan yang dikuaranti­n sebelum ini disahkan negatif Covid-19 dan pulang ke rumah masing-masing sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau melarang atlet olahraga berjumpa individu lain dan tidak membuat latihan di luar kediaman seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Menurutnya, KOM sentiasa memantau perkembang­an atlet yang kebanyakan­nya sudah pulang ke rumah supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kepada mereka.

“Sememangny­a kita ada memberikan garisan panduan kepada mereka menjalani proses latihan di rumah, namun larangan tetap dikenakan kepada mereka untuk tidak berjumpa individu lain atau berlatih di luar rumah,” katanya.

Jackie atlet pertama

positif Covid-19 menerusi ayahnya

 ??  ??
 ??  ?? SM Muthu
SM Muthu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia