Harian Metro

JOM KITA BACA BUKU!

Tash ajak isi masa dengan membaca menerusi dalam talian sepanjang ‘berkurung’ di rumah

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Menyedari penularan wabak Covid-19 di negara ini belum berjaya dibendung, kerajaan melanjutka­n tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu sehingga 14 April depan.

Daripada dua minggu masa ‘berkurung’ ditambah menjadi sebulan, semestinya ramai berasa kurang selesa dan mungkin bosan duduk di rumah.

Bagi mengatasi perasaan itu, pelakon Tash Yong, 29, mengajak orang ramai yang kini ada banyak masa di rumah memupuk minat membaca.

Tash berkata, selain aktiviti memasak pelbagai menu baru untuk keluarga, sudah pasti hobi membaca juga sewajarnya dipupuk.

“Walaupun perlu duduk diam-diam di rumah dan perpustaka­an juga ditutup, tiada alasan untuk tak boleh membaca buku bagi memantapka­n pengetahua­n.

“Seiring kemudahan teknologi masa kini, aktiviti membaca pelbagai jenis buku juga boleh dibuat secara langsung di dalam talian.

“Untuk saya, sekarang memang selesa luangkan masa membaca buku menerusi dalam talian di aplikasi eSentral yang mempunyai banyak pilihan judul buku menarik,” katanya.

Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia

Rosli berkata, dia juga teruja untuk mengikuti perkembang­an Pesta Buku Digital yang kini sudah berlangsun­g.

“Semestinya ada banyak buku menarik yang jadi pilihan saya dengan tawaran harga diyakini sangat berpatutan untuk dibeli.

“Apapun, diharapkan tempoh PKP ini diguna sebaik mungkin oleh masyarakat dan jangan mudah bosan kerana tak tahu apa nak buat.

“Sebenarnya banyak aktiviti berfaedah dan menarik boleh dilakukan. Cuma ia tetap bergantung pada kemahuan diri sendiri.

“Bagi saya, pilihan sentiasa ada di tangan kita. Malah, anggap juga sepanjang PKP ini adalah masa berehat serta mengerat hubungan kasih sayang dalam keluarga,” katanya.

Mengulas tempoh PKP yang dilanjutka­n, Tash berkata, ia tindakan yang bagus dilakukan kerajaan bagi menjamin kesihatan dan keselamata­n rakyat akibat wabak Covid-19.

Berbicara kerjaya seninya, Tash berkata, sekarang dia fokus pada berehat. Apatah lagi, dia juga menggunaka­n masa yang ada untuk merancang strategi perniagaan.

“Alhamdulil­lah, tawaran untuk lakonan dan nyanyian masih ada, tetapi masalah Covid-19 yang melanda ini nampaknya kena berehat duhulu. Namun, syukur rezeki masih ada.

“Bagaimanap­un, saya mengharapk­an kerjaya nyanyian lebih bersinar kerana kini muncul dengan lagu solo pertama berjudul Lepas ciptaan sepenuhnya Zah Amirul,” katanya.

Memilih genre balada, Tash berkata, dia sudah memberi terbaik pada lagu itu.

Katanya, dia berusaha mempromosi­kan lagu Lepas semampu yang boleh kerana melodi dan liriknya sangat menusuk kalbu.

Bagi saya, pilihan sentiasa ada di tangan kita. Malah, anggap juga sepanjang PKP ini adalah masa berehat serta mengerat hubungan kasih sayang dalam keluarga

TASH

 ??  ?? PUPUK hobi suka membaca.
PUPUK hobi suka membaca.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia