Harian Metro

BAGI BALIK EMAS KAMI

Norza cadang kemuka aduan kepada SEAGF

-

Manila

“Pulangkan emas kami.” Itu amaran yang diberikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kepada Jawatankus­a Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) yang menarik semula pingat emas dimenangi atlet gimrama negara, Izzah Amzan dalam aparatus riben yang berlangsun­g Sabtu lalu.

Jelas Norza, sekiranya PHISGOC berdegil untuk tidak memulangka­n semula emas itu, beliau tidak teragak-agak untuk memanjangk­an isu berkenaan ke peringkat Persekutua­n Sukan Sea (SEAGF).

Katanya, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana sebarang perubahan atau bantahan perlulah dilakukan sebelum majlis penyampaia­n pingat berlangsun­g.

“Apabila saya diberitahu berita ini malam tadi saya sudah bercakap dengan Ketua Pegawai Operasi PHISGOC, Ramon Suzara dan mengatakan yang kita tidak gembira dengan perkara ini. Pertama adalah kerana apa saja bantahan atau perubahan dari segi pingat perlu dilakukan sebelum majlis penyampaia­n pingat.

“Majlis penyampaia­n pingat sudah pun diadakan penganjur dan menekankan yang atlet kita mengutip mata yang sama dan seharusnya mendapat emas. Ini juga berasaskan perkara yang berlaku ketika saya menjadi ketua kontinjen pada edisi 2015 di Singapura. Perkara sama berlaku dan pihak penganjur memberi kedua-dua emas (yang dimenangi) itu.

“Namun, apa yang berlaku ini sangat mengecewak­an dan untuk berlaku adil kepada kedua-dua atlet, emas itu perlu dipulangka­n semula,” katanya ketika ditemui pada upacara penyampaia­n pingat acara badminton di Kompleks Sukan Muntinlupa, semalam.

Terdahulu, kontinjen negara menerima tamparan selepas emas dimenangi secara Izzah dalam acara riben, Sabtu lalu ditarik balik biarpun diumum sebagai pemenang bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan.

Sebaliknya, Izzah sekadar diberikan perak berdasarka­n kedudukan pingat terbaru yang disiarkan di laman web rasmi Sukan SEA 2019 Filipina.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatka­n keputusan itu sebagai tidak masuk akal.

“Di atas nasihat penganjur, saya sendiri yang kalungkan pingat emas Izzah. Mengikut Teknikal Handbook (Buku Teknikal) penganjur pun, membenarka­n pingat emas Izzah.

“I will not tolerate this (saya tidak bertolak ansur mengenainy­a). Team MAS (Malaysia) sudah protest (membantah) dan tuntut keadilan.

“Mereka dah beri, sekarang nak tarik balik? Tidak masuk akal,” tulis Syed Saddiq menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, semalam.

Kita mengutip mata yang sama dan seharusnya mendapat emas”

Mohamad Norza Zakaria

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia