Harian Metro

‘Episod hidup mereka menarik’

-

“Masyarakat perlu melihat majlis yang diadakan dari sudut positif

Robiah

“Apa yang dilakukan oleh pasangan Musthaza Zainudin dan

Nur Zafirah Ahmad Rabillah tiada salahnya kerana mereka hanya mahu meraikan sambutan ulang tahun perkahwina­n selain mengeratka­n lagi hubungan suami isteri.

“Selain itu, majlis perkahwina­n pasangan itu juga bukan satu pembaziran kerana mereka mungkin berniat untuk bersedekah dengan menjamu saudara mara dan rakan terdekat memandangk­an sebelum ini tidak berkemampu­an berbuat demikian,” demikian pandangan perunding motivasi dan kaunseling keluarga, Dr Robiah K Hamzah mengenai pasangan berkenaan yang mengadakan majlis perkahwina­n selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Robiah, episod hidup pasangan itu memang menarik dan mungkin disebabkan itu, mereka mahu abadikan dalam majlis yang turut disaksikan anak, saudara serta rakan terdekat.

Kata Robiah, dengan majlis berkenaan, sekurangku­rangnya pasangan itu memiliki gambar kenangan untuk tatapan anak cucu mereka kelak.

“Masyarakat perlu melihat majlis yang diadakan itu dari sudut positif kerana ia adalah impian pasangan berkenaan sejak mereka mendirikan rumah tangga.

“Hubungan mereka suami isteri juga dapat dieratkan lagi dan pada masa sama memaklumka­n kepada yang belum mengetahui mengenai ikatan yang mereka bina,” katanya.

Robiah mengulas mengenai kisah Musthaza, 28, dan Nur Zafirah, 26, yang melangsung­kan majlis perkahwina­n idaman mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, seperti yang dipaparkan di muka hadapan Harian Metro, semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2008 ketika masing-masing berusia 15 serta 17 tahun dan disebabkan kekangan kewangan, Nur Zafirah dan suami tidak mengadakan majlis sehingga impian itu direalisas­ikan pada 30 November lalu, sempena ulang tahun perkahwina­n mereka.

Kisah Musthaza dan Nur Zafirah sebelum ini tular di media sosial serta dianggap sebagai pasangan ideal yang wajar dicontohi kerana mengukur baju di badan sendiri dan menunggu sehingga benar-benar mampu untuk melaksanak­an majlis mereka.

Sementara itu, pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata, majlis perkahwina­n hanya pelengkap bukannya satu kewajipan kerana apa yang penting adalah ijab dan kabul bagi menghalalk­an hubungan antara pasangan.

Begitupun, kata Hushim, masyarakat di negara ini kadang kala lebih mengutamak­an adat dan budaya berbanding apa yang diwajibkan oleh agama.

Keadaan itu, kata Hushim boleh menyebabka­n pasangan bakal raja sehari tertekan kerana terpaksa mengikut kehendak pihak tertentu khususnya ahli keluarga.

“Ada ibu bapa yang mahu mengadakan majlis besar-besaran tanpa menyedari anak dan bakal menantu tidak berkemampu­an.

“Sepatutnya, mereka (pengantin) perlu diberi kebebasan kerana jika mampu, boleh adakan majlis seperti yang diidamkan dan sekiranya tidak, cukuplah sekadar majlis kecil untuk meraikan ikatan suci berkenaan,

“Pasangan Musthaza dan Nur Zafirah boleh dijadikan contoh oleh pasangan muda hari ini kerana ramai yang sanggup berhutang sematamata mahu mengadakan majlis besar-besaran meskipun tidak berkemampu­an.

“Kita sepatutnya perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan disebabkan mahu memuaskan hati pihak tertentu, kita terpaksa menanggung beban hutang hingga bertahun-tahun lamanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia