Harian Metro

Duit diwarisi silap masuk akaun

-

London: Seorang lelaki kurang upaya terpaksa membayar kos guaman sebanyak £46,000 (RM251,759) selepas wang diwarisi daripada bapanya disalah hantar ke akaun individu lain yang enggan mengembali­kan wang itu kepadanya.

Peter Teich, 74, akhirnya mendapat semula wang sebanyak £193,000 (RM1.06 juta) hasil jualan rumah mendiang bapanya selepas mahkamah mengarahka­n individu terbabit memulangka­n jumlah itu.

Pada April lalu, peguam Teich tersilap memasukkan nombor digit terakhir akaun banknya menyebabka­n wang itu dihantar ke akaun individu lain.

Kebetulan individu terbabit menetap di kawasan sama dengan Teich di Cambridge dan didapati turut mempunyai nombor akaun bank mirip dengannya, lapor The Guardian.

Peguam lelaki malang itu kemudian menghubung­i pihak bank untuk memindahka­n kembali wang terbabit ke dalam akaun anak guamnya.

Pada mulanya, seorang wakil bank berkata, wang itu akan dikembalik­an dalam tempoh satu minggu, namun pada Mei lalu, Teich dimaklumka­n individu terbabit enggan memulangka­n wangnya.

Malah, individu terbabit bertindak tidak jujur apabila mula mengeluark­an wang itu.

Susulan itu, Teich yang bertugas sebagai sukarelawa­n Arthur Rank Hospice Charity terpaksa mengupah beberapa peguam untuk menuntut semula hartanya.

“Pihak bank menegaskan saya perlu menanggung kos untuk menuntut semula wang itu daripada individu terbabit,” katanya.

Selepas melalui proses merumitkan, Teich terpaksa membayar £46,000 untuk kos guaman dan akhirnya mahkamah mengarahka­n individu terbabit memulangka­n wangnya.

Bank terbabit pada mulanya enggan membayar balik kos guaman Teich, namun akur selepas dihubungi The Guardian .

Dalam kenyataann­ya, bank itu memohon maaf kepada Teich dan turut menawarkan wang pampasan £750 (RM4,100). - Agensi

 ??  ?? TEICH
TEICH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia