Harian Metro

KDNK 2020 dijangka menurun 4.5 peratus

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.5 peratus bagi 2020 berbanding unjuran tahun ini sebanyak 4.6 peratus.

Ketua Ekonomi, Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburann­ya, Richard Record berkata, unjuran KDNK lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan jangkaan pelaburan dan pertumbuha­n eksport pada suku ketiga 2019 yang lemah.

“Penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar 6.5 peratus tahun depan, didorong oleh keadaan pasaran pekerja stabil, inflasi yang agak lemah dan sokongan berterusan daripada langkah-langkah kerajaan,” katanya kepada media pada pelancaran edisi ke-21 Pemantau Ekonomi Malaysia Memenuhi Keperluan di sini, semalam.

Dalam sektor awam, beliau berkata, perancanga­n rasionalis­asi perbelanja­an mengurus kerajaan terus menyumbang kepada sumbangan daripada penggunaan kerajaan yang diunjurkan meningkat 1.8 peratus pada 2020 berbanding jangkaan 1.7 peratus pada 2019.

“Pembentuka­n modal tetap kasar dijangka bertambah baik namun terus lemah dalam tempoh terdekat dengan kedua-dua sektor awam dan swasta terus mengambil sikap berhati-hati mengenai perbelanja­an modal. Aktiviti pelaburan secara menyeluruh dijangka berkembang 1.4 peratus tahun depan, 0.3 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelumnya.

“Semakan menurun itu sebahagian besarnya mencermink­an aktiviti pelaburan swasta yang lemah daripada jangkaan pada suku ketiga tahun ini, dengan prospek perdaganga­n lemah dan ketidakten­tuan menjejaska­n keyakinan dan cadangan perniagaan,” katanya.

Sebaliknya, Record berkata, pelaburan awam berkemungk­inan akan terus merosot dalam jangka terdekat walaupun pada tahap lebih rendah, berikutan peningkata­n pelaburan yang dirancang oleh syarikat awam dalam sektor pengangkut­an dan perlombong­an

Untuk eksport, beliau berkata, ia dijangka kekal sederhana pada 0.5 peratus tahun depan dalam konteks kedudukan ekonomi global yang mencabar dan ketidakten­tuan berkaitan perdaganga­n dalam tempoh yang panjang, namun diimbangi sebahagian­nya oleh pemulihan eksport perlombong­an ekoran gangguan bekalan yang diluar jangka dalam tempoh suku terbaharu.

“Pertumbuha­n import dijangka meningkat sederhana pada 0.4 peratus pada 2020, memandangk­an pertumbuha­n eksport barangan pengantara dan modal memperoleh sedikit momentum dengan peningkata­n kecil dalam aktiviti eksport dan pelaburan.

“Lebihan akaun semasa dijangka berkurang kepada sekitar 3.0 peratus daripada KDNK pada 2020, dengan lebihan dagangan yang sederhana dalam barangan akan terus mengimbang­i defisit berterusan dalam perkhidmat­an dan akaun pendapatan,” katanya. – Bernama

“Penggunaan swasta dijangka

berkembang pada kadar 6.5 peratus

Record

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia