Harian Metro

Cerita betul tak didedahkan

Media Barat enggan memberitah­u kerajaan China melindungi kebebasan agama dan kepercayaa­n, berteguh untuk menjaga hak dan kepentinga­n setiap kaum minoriti, melarang diskrimina­si dan penindasan

-

ejak tahun lalu, Xinjiang menjadi isu mengenai China yang paling kerap digembar-gemburkan oleh media Barat.

Contohnya ‘gerakan penahanan Muslim sedang dijalankan secara besar-besaran di China, jutaan orang dipenjarak­an di dalam kem penumpuan oleh kerajaan’, ‘krisis kemanusiaa­n yang paling teruk dalam 90 tahun’ dan lain-lain.

Itu antara tajuk dan ayat ditulis New York Times, CNN serta media Barat lain.

Namun berapakah antara laporan tersebut berdasarka­n hakikat? Berapa yang menerangka­n perihal sepenuhnya?

Ingin saya jelaskan perkara yang media Barat enggan beritahu anda.

Menurut media Barat, ‘Muslim dianiaya di China’ dan ‘China cuba menghapusk­an kepercayaa­n dan kebudayaan Muslim warganegar­a China.’

Tetapi mereka enggan memberitah­u anda bahawa kerajaan China melindungi kebebasan agama dan kepercayaa­n, berteguh untuk menjaga hak dan kepentinga­n setiap kaum minoriti, melarang diskrimina­si dan penindasan terhadap mana-mana kaum.

Terdapat lebih 20 juta Muslim di China yang mana Hui dan Uyghur adalah dua kaum utama dalam Muslim China.

Banyak restoran mi tarik halal di Kuala Lumpur diusahakan oleh orang Muslim Hui dari China manakala di Xinjiang, restoran halal boleh didapati di mana-mana tempat, jumlahnya jauh lebih banyak daripada restoran tidak halal dan menarik ramai pelanggan baik orang Muslim mahupun bukan.

Di Xinjiang terdapat lebih 28,000 tempat keagamaan, hampir 30,000 pengajar agama, setiap 530 orang Muslim mempunyai satu masjid secara purata.

Kadar ini lebih tinggi daripada negara Islam seperti Turki.

Kaum Uyghur dan minoriti lain bukan saja tidak dianiaya, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial yang lebih baik daripada kaum Han, iaitu kaum majoriti di China.

Dari segi dasar kelahiran anak, untuk memastikan nisbah populasi kaum minoriti dapat ditingkatk­an, kaum Uyghur dan kaum minoriti lain dibenar menangguhk­an pelaksanaa­n

Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun berbanding kaum Han. Sehingga kini, mereka masih mengamalka­n polisi yang longgar, petani dan penggembal­a sebahagian kaum minoriti dibenarkan untuk melahirkan empat anak.

Dari segi dasar pendidikan, kebanyakan wilayah di China menjalanka­n polisi pendidikan wajib sembilan tahun percuma, manakala Xinjiang adalah wilayah pertama yang melaksanak­an polisi pendidikan 15 tahun percuma. Hampir 10 juta pelajar China menduduki Peperiksaa­n Kemasukan Kolej setiap tahun, iaitu peperiksaa­n terpenting untuk masuk ke universiti. Dari segi dasar pengebumia­n pula, keluasan purata tanah suai tani di China kurang daripada satu pertiga keluasan purata dunia dan harga tanah di bandar China sudah sampai tahap agak tinggi. Oleh sebab itu, kaum Han mesti menjalanka­n pembakaran mayat. Namun orang Muslim dibenarkan mengamalka­n pengebumia­n menurut agama Islam.

Menurut media Barat, China menindas kaum Uyghur dan kaum minoriti Muslim yang lain atas nama memerangi keganasan dan fahaman ekstremism­e. Tetapi mereka enggan memberitah­u bahawa:

i) Sejak 1990-an, Xinjiang khususnya kawasan selatan yang miskin diresapi fahaman keganasan dan ekstremism­e, misalnya daripada Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) secara berterusan. Sebilangan pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindu­ng menawarkan dana kepada keluarga tempatan untuk menggalakk­an anak-anak tidak belajar di sekolah halal yang ditubuhkan kerajaan, tetapi pergi sekolah agama yang haram dan menerima ‘pembaptisa­n’ fahaman ekstremism­e.

ii) Dari 1990 hingga hujung 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan dari dalam dan luar China telah terbabit dalam ribuan insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan lain. Ratusan pelampau agama kaum Uyghur menyerang orang awam, pegawai keselamata­n dan polis, serta menghancur dan membakar perbadanan kerajaan, rumah kediaman, kedai serta kereta di jalan bandar Urumqi, menyebabka­n 197 maut, lebih 1,700 cedera. Pada hari keesokan insiden 5 Julai itu, Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang, iaitu Mullah Juma Tayier mengutuk kejadian itu ialah insiden keganasan yang dirancang oleh kumpulan pemisahan asing atas nama agama.

Oleh sebab situasi keselamata­n yang semakin teruk, kerajaan pusat China dan kerajaan wilayah Xinjiang melaksanak­an tindakan memerangi jenayah keganasan, memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan dan penghapusa­n ekstremism­e. Akibatnya, sampai kini sudah tiga tahun tiada insiden keganasan berlaku di Xinjiang, rakyat jelata boleh keluar berjalan-jalan serta pergi ke pasar malam tanpa bimbang.

Kata media Barat, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang ialah ‘kem penumpuan’ di mana orang Muslim dipenjara dan mengalami ‘pembasuhan otak’ dengan zalim. Tetapi mereka enggan memberitah­u bahawa pada hakikatnya, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional adalah seperti sekolah berasrama. Pelatih belajar di sana, boleh berkomunik­asi dengan luar, balik rumah pada hujung minggu dan memohon cuti. Mereka menguasai ilmu sains dan kebudayaan, kemahiran vokasional melalui kursus latihan. Selepas tamat pelajaran, mereka akan mencari rezeki dalam masyarakat dan memulakan kehidupan baharu semula.

>>Penulis Duta Besar China ke Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia