Harian Metro

Sorok dadah dalam rangka pintu enam kontena

-

Nilai: Sembunyi dadah dalam rangka pintu kontena. Itu taktik terbaharu dilakukan sindiket pengedaran antarabang­sa yang menyeludup bahan terlarang berkenaan ke negara ini dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan pakaian terpakai.

Bagaimanap­un, kegiatan sindiket dari Pakistan itu terbongkar hasil risikan dan serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 2 Disember lalu apabila merampas 82 kilogram (kg) dadah bernilai RM5 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan), Datuk Abdul Latiff Abdul Kadir berkata, serbuan dilakukan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dan Bahagian Penguatkua­saan JDKM Zon Tengah.

Katanya, dalam serbuan pertama jam 1 tengah hari, pasukan berkenaan menahan seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 30-an hingga 40-an di sebuah gudang penyimpana­n di Batu Caves, Selangor.

“Hasil pemeriksaa­n menemui 168 kotak mengandung­i plastik berisi serbuk putih disyaki ketamin seberat 42kg disembunyi­kan dalam rangka pintu tiga kontena di dalam gudang berkenaan.

“Susulan serbuan itu, pasukan menyita tiga lagi kontena yang dalam proses penghantar­an ke gudang berkenaan. Sitaan dilakukan di kawasan penyimpana­n kontena syarikat pengangkut­an di Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaa­n pada rangka pintu kontena berkenaan turut menemui 168 kotak plastik berisi ketamin seberat 40kg,” katanya di Ibu

Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di sini, semalam.

Abdul Latiff berkata, semua kontena diimport dari Pelabuhan Karachi, Pakistan ke Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke gudang berkenaan. “Sindiket itu disyaki sudah lama beroperasi. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan. Kami percaya dadah itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan berdasarka­n jenis dadah ketamin yang popular di negara ini,” katanya.

Katanya, empat suspek direman 14 hari hingga 16 Disember ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, pihaknya giat mengesan dua lagi suspek warga Pakistan yang masih bebas dikenali Muhammad Fasih Khan, 27, dan Muhammad Bilal Malik, 29, untuk membantu siasatan.

 ??  ?? ABDUL Latiff (dua dari kanan) menunjukka­n dadah ketamin yang disembunyi­kan dalam pintu kontena pakaian terpakai.
ABDUL Latiff (dua dari kanan) menunjukka­n dadah ketamin yang disembunyi­kan dalam pintu kontena pakaian terpakai.
 ??  ?? ABDUL Latiff menunjukka­n tempat menyimpan dadah pada pintu kontena berkenaan.
ABDUL Latiff menunjukka­n tempat menyimpan dadah pada pintu kontena berkenaan.
 ??  ?? MUHAMMAD Fasih
MUHAMMAD Fasih
 ??  ?? MUHAMMAD Bilal
MUHAMMAD Bilal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia