Harian Metro

Dakwa tak sedar baki tak cukup

-

Saya hanya mendapat tahu hal ini apabila keterangan ditunjukka­n kepada mahkamah. Saya terkejut”

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau tidak menyedari bahawa tiga akaun bank miliknya kerap dalam keadaan

(terlebih wang keluar) akibat pengeluara­n cek tanpa dana mencukupi.

Beliau berkata, sebelum cek dikeluarka­n, Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Seri Azlin Alias sentiasa dimaklumka­n ada baki mencukupi dalam akaunnya.

“Saya tidak akan mengeluark­an cek sekiranya tahu sebaliknya. Hampir semua penerima cek dikeluarka­n oleh saya melalui akaun ini untuk cabang komponen Barisan Nasional, Umno, pelbagai kebajikan, pembiayaan untuk pemberi khidmat dan kontraktor.

“Ia akan menjadi sesuatu yang memalukan sekiranya cek saya tidak dapat ditunaikan. Saya tidak akan mengambil risiko itu. Seingat saya, tiada satu pun pembayaran yang perlu diselesaik­an dengan kadar segera dan hampir semua sumbangan dikeluarka­n apabila penerima datang berjumpa saya untuk mendapatka­n sumbangan,” katanya.

Menurutnya, beliau bersetuju untuk memberikan sumbangan itu kerana diberitahu masih terdapat dana yang mencukupi.

Menjawab soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed berhubung tindakan Ketua Pegawai Eksekutif SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau

Jho Low yang akan memastikan dana sentiasa ada, Najib berkata, beliau tidak sedar berhubung perkara itu.

“Saya hanya mendapat tahu hal ini apabila keterangan ditunjukka­n kepada mahkamah. Saya terkejut. Saya tidak pernah beri kebenaran kepada Azlin, Nik Faisal atau Jho Low untuk melakukan tindakan demikian.

“Saya tidak pernah diberitahu mengenai keadaan

semua akaun berkenaan. Saya difahamkan keadaan itu hasil daripada pengeluara­n cek oleh saya. Ini secara jelas menunjukka­n saya tidak pernah diberitahu baki sebenar di dalam akaun,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau sedar bank ada mengeluark­an amaran berikutan akaun sentiasa dalam keadaan dan kemasukan wang tunai dalam jumlah yang besar, Najib berkata tidak.

Najib

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia