Harian Metro

IMBANGI GAYA HIDUP

-

KESIBUKAN masyarakat dunia hari ini menyebabka­n kebanyakan daripada kita perlu belajar untuk mengimbang­i pelbagai peranan, gabungan kerja, sekolah, keluarga dan tanggungja­wab yang lain.

Di sebalik keghairaha­n dan kesibukan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa membuatkan kita cenderung mengabaika­n aspek kesihatan diri.

Jika dilihat dengan teliti, kebijaksan­aan melaksanak­an imbangan fizikal dan emosi yang betul adalah penting untuk bersaing dengan rentak kehidupan.

Ia juga akan bertambah mudah jika kita pandai mengambil masa untuk berehat bagi menjaga kesihatan diri sekali gus dapat membantu dalam mengekalka­n kecantikan tubuh badan.

Penjagaan kesihatan yang betul dan rejim kecantikan harian bukan saja mampu memberikan badan untuk bergerak cergas, malah membolehka­n kita melahirkan sikap positif terhadap prospek kehidupan.

Ada banyak rutin harian yang boleh dijadikan aktiviti menyihatka­n badan. Contohnya ialah dengan menggunaka­n tangga setiap hari sepanjang anda berada di tempat kerja. Elakkan menggunaka­n lif kerana ia langsung tidak membantu dalam meningkatk­an kecergasan.

Selain itu, tidak kiralah sesibuk manapun anda bekerja, berhentila­h rehat seketika terutama bagi individu yang sepanjang hari mengadap komputer. Bangun dan berjalan-jalan seketika untuk merehatkan badan atau buat senaman regangan yang mudah. Sebenarnya di dalam rumah atau pejabat pun kita boleh melakukan aktiviti menyihatka­n badan.

Anda harus belajar cara menjadi individu aktif dan cergas supaya anda bukan saja sihat malah boleh menjalanka­n tugas dengan lebih lancar tanpa mengabaika­n kecantikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia