Harian Metro

‘Atlet kita pun bukan calang-calang...’

Skuad e-sukan negara usaha capai sasaran dua pingat emas di Filipina

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my IHSAN IKMAL FAREEQ

Kali pertama dipertandi­ngkan pada Sukan Sea memberi semangat kepada pasukan e-sukan negara untuk menjadi antara penyumbang pingat dalam temasya dwitahunan itu.

Membariska­n atlet terbaik dari seluruh negara, pasukan e-sukan yang diwakili 24 pemain berusia 15 hingga 26 tahun akan berusaha memastikan sasaran dua emas dapat dicapai menerusi permainan Dota 2 dan Hearthston­e.

Pengurus pasukan, Firdaus Hashim (gambar) berkata, walaupun atlet e-sukan menyertai enam kategori yang dipertandi­ngkan, pihaknya tidak mahu meletakkan sasaran tinggi walaupun pasukan negara berpotensi melakar kemenangan dalam kategori Starcraft II, Mobile Legends:Bang Bang, Arena of Valor dan Tekken 7.

Katanya, sasaran dua emas itu membabitka­n Dota 2 dan Hearthston­e manakala satu perak dan tiga gangsa diletakkan pada empat permainan lain.

“Semua pemain yang dipilih berdasarka­n keputusan pertanding­an yang mereka sertai sebelum ini selepas mengalahka­n beberapa pasukan lain.

“Pemain e-sukan negara menjalani latihan 12 jam sehari di Orange Esports Cafe di Wangsa Maju dan Taman Segar di Cheras,” katanya ketika ditemui Arena Metro.

Untuk rekod, e-sukan dijadikan acara pertunjuka­n pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, sebelum buat julung kali dipertandi­ngkan pada Sukan Sea kali ini.

Selain itu, Firdaus berkata, walaupun dilihat atlet e-sukan kurang melakukan aktiviti fizikal, penekanan membabitka­n kesihatan dan pemakanan turut dititikber­atkan bagi memastikan mental mereka berada pada tahap optimum.

“Semua atlet berkenaan dipantau rapi oleh jurulatih yang akan memastikan mereka mempunyai rehat secukupnya dan latihan sistematik.

“Setakat ini, semua atlet e-sukan tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka juga sudah bersedia memberikan saingan sengit kepada lawan nanti,” katanya.

Menurutnya, atlet tuan rumah iaitu Filipina, selain Thailand dan Vietnam sudah pasti akan menurunkan barisan pemain terhebat bagi memastikan pingat emas dalam genggaman mereka.

“Namun, atlet kita pun bukan calang-calang kerana mereka dipilih berdasarka­n keupayaan dan kebolehan pada pertanding­an sebelum ini.

“Malah, atlet e-sukan ini adalah yang terbaik, walaupun ada antara mereka masih muda dan bersekolah, namun amat hebat dalam kategori permainan masing-masing,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia