Harian Metro

Teruja setiap kali mengundi

-

Pontian: “Dia (isteri) teruja setiap kali mengundi,” kata Salleh Dahlan, 88, berkongsi pengalaman mengundi bersama isterinya, Jenab Jaman yang kini berusia 100 tahun ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Rambah di sini, semalam.

Pasangan warga emas itu memberitah­u sanggup bangun lebih awal daripada kebiasaan untuk melaksanak­an tanggungja­wab mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu.

Salleh berkata, dia dapat lihat rasa teruja isterinya yang mahu keluar mengundi pagi.

“Saya dan isteri mengundi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama di negara ini pada 27 Julai 1955 dan berasa tidak sabar untuk mengundi kali ini.

“Ia saat dinantikan untuk keluar mengundi setiap kali pilihan raya, malah sejak jam 5 pagi isteri kejutkan saya untuk mandi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Menthol, Rambah di sini, semalam.

Menurutnya, dia bangun dan memasak air sebelum memandikan isterinya yang uzur itu.

“Memang dia akan teruja, setiap kali mengundi memang macam ini. Dia tidak sabar untuk keluar mengundi awal dan berkali-kali tanya bila kereta hendak datang dan membawa kami ke pusat mengundi,” katanya.

Salleh berkata, isterinya pemalu dan kurang bercakap, selain akan berkata-kata dan bercerita jika dia berada di sisi Jenab.

“Dia memang kurang bercakap dengan orang, tetapi kalau saya ada di sebelahnya baru dia mahu bercakap,” katanya.

Ditanya mengenai perasaan untuk keluar mengundi, Jenab yang mempunyai masalah pendengara­n mengakui memang suka dan teruja untuk melaksanak­an tanggungja­wab itu.

“Suka, nenek suka lihat orang ramai dan mengundi,” jawabnya ringkas.

 ??  ?? SALLEH (kanan) dan Jenab menunjukka­n jari yang dicelup dakwat bukti sudah menunaikan tanggungja­wab mengundi.
SALLEH (kanan) dan Jenab menunjukka­n jari yang dicelup dakwat bukti sudah menunaikan tanggungja­wab mengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia