Harian Metro

PERILAKU JIJIK NELAYAN

Lelaki didakwa dengan 22 pertuduhan rogol, cabul, rakam gambar bogel anak tiri

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya berusia 15 tahun sejak awal April 2016.

Tertuduh berusia 36 tahun hanya mengaku bersalah atas enam daripada 22 pertuduhan terhadapny­a dibaca di depan Hakim, Norashima Khalid.

Lelaki itu mengaku bersalah bagi lima pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam gambar anak tirinya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung antara April 2016 dan 31 Mac 2017.

Nelayan itu didakwa atas 14 pertuduhan melakukan persetubuh­an dan hubungan seks tanpa kerelaan anak tirinya itu.

Selain itu, dia dikenakan dua lagi pertuduhan kerana mencabul kehormatan ketika remaja itu berusia 12 tahun 10 bulan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (lima pertuduhan); 376B (1) Kanun Keseksaan (lapan pertuduhan) dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) serta 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara April 2016 hingga 29 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangk­an tertuduh tinggal serumah dengan mangsa dan bimbang berlakunya kejadian tidak diingini terhadap mangsa serta saksi.

Norashima tidak membenarka­n tertuduh dijamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula semua kes.

Tertuduh mengaku salah terhadap enam tuduhan

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia