Harian Metro

‘Jual tiket jangan fikir nak untung aje...’

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ProEvents untuk membuat kajian teliti terhadap harga tiket perlawanan Piala Airmarine 2019 dikatakan menjadi punca isu boikot oleh Ultras Malaya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, pihak terbabit sewajarnya memikirkan secara serius harga tiket kejohanan empat negara itu yang disifatkan terlalu mahal.

Katanya, hampir 80 ke 90 peratus penonton atau peminat bola sepak di negara ini terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah

(B40).

“Perkara ini sudah dibangkitk­an banyak kali sebelum ini, malah dalam pengetahua­n FAM. Sebab bagi golongan B40 ini... untuk belanjakan wang bagi barangan yang mahal adalah tidak masuk akal. Belum soal makan dan pengangkut­an.

“Saya rasa FAM dan ProEvents gagal membuat kajian mengenai harga tiket untuk standard Malaysia kerana kita bukan EPL (Liga Inggeris).

“Benda ini perlu diambil kira dengan serius, kalau kita nak buat untung banyak dengan harga tiket mahal kita yang rugi,” katanya.

Pada 14 Mac lalu, Arena Metro melaporkan luahan wakil Ultras Malaya, Alfadli Awaludin atau dikenali dengan panggilan Rambo yang mempertika­ikan kewajaran harga tiket Piala Airmarine yang berharga RM35 sedangkan setiap aksi persahabat­an antarabang­sa kelas ‘A’ sebelum ini hanya RM20.

Penyokong terbabit kemudianny­a bertindak memboikot aksi sulung skuad Harimau Malaya menentang Singapura hingga menyebabka­n Stadium Nasional Bukit Jalil ‘lengang’ apabila hanya dihadiri 3,000.

Sementara itu, Mohd Sadek menafikan isu kualiti skuad negara menyebabka­n penyokong enggan ke stadium untuk memberi sokongan dan mencadangk­an supaya harga tiket diturunkan kepada RM10 bagi perlawanan menentang Afghanista­n hari ini.

“Bukan isu kualiti (Harimau Malaya), tapi harga tiket RM35 dan kejohanan yang ibarat tangkap muat saja dan hanya untuk isi kalendar FIFA (Persekutua­n Bola Sepak Antabarang­sa). Benda-benda ini kena prihatin kesan dan akibat daripada keputusan yang dibuat.

“Bila tidak ambil pandangan ramai, inilah kesannya... satu kejohanan yang jadi bahan jenaka. Kalau mereka (FAM dan ProEvents) nak tutup kelemahan, esok umum tiket RM10, ramailah orang tengok,” katanya.

>>Harga tiket aksi persahabat­an antarabang­sa kelas ‘A’ sebelum ini hanya berharga RM20

 ??  ?? SADEK anggap ProEvents dan FAM wajar turunkan harga tiket untuk tarik lebih ramai penyokong ke stadium.
SADEK anggap ProEvents dan FAM wajar turunkan harga tiket untuk tarik lebih ramai penyokong ke stadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia