Harian Metro

Skil PREEET! istimewa depan gawang

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@ mediaprima.com.my

Kejayaan Hadin Azman meledak dua gol hasil sepakan percuma ketika pasukannya FELDA United berdepan PKNP dan Perak baru-baru ini kembali mencetuska­n perbincang­an mengenai jagoan sepakan percuma di negara ini.

Tiga tahun lalu, negara diharumkan dengan magis Faiz Subri menjulang Anugerah Puskas FIFA menerusi jaringan yang dilakukan menerusi sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari 2016.

Turut tidak ketinggala­n Safiq Rahim yang sudah lebih awal memahat namanya sebagai pakar sepakan percuma yang digeruni lawan dan mengekalka­n reputasiny­a meskipun sudah bersama pasukan baharu. Namun adakah ‘gelaran’ ini satu label yang mudah diberikan kepada pemain atau hanya terbukti tatkala jaringan menggegar gawang lawan atau mungkinkah kehadiran pakar seperti ini mampu menyelamat­kan maruah Harimau Malaya di pentas antarabang­sa? Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa mengakui kemahiran melakukan sepakan percuma sama sekali tiada kaitan dengan bakat dimiliki seseorang pemain melainkan ia perlu ‘diasah’ terlebih dahulu.

Jelasnya, ia satu kemahiran spesifik yang perlu dibina pemain terutama pemain tengah (attacking midfield) atau pertahanan dan ia memerlukan latihan berulang kali, dalam jarak tertentu dan biasanya dilakukan di luar sesi latihan rasmi.

“Dalam konteks sukan latihan sebanyak 5,000 hingga 10,000 kali diperlukan

untuk menguasain­ya,” katanya.“Kemahiran itu dibina menerusi latihan berterusan seperti juga pakar sudut penalti dalam hoki. Berbanding kemahiran natural seperti seni pengawalan, kemahiran sepakan percuma diperolehi daripada latihan”.

Malah menurut beliau ada kalanya sepakan percuma yang diharapkan tidak menjadi dalam perlawanan sebenar, jadi pemain perlu diberi ruang untuk melakukann­ya dalam perlawanan pemanas badan supaya mudah mengawal keadaan.

Dalam hal ini, jelas Sadek tekanan ketika mengambil sepakan percuma adalah sesuatu yang natural yang boleh dikawal menerusi teknik pernafasan yang betul dan pemain dibiasakan dengan latihan menerusi simulasi yang menyamai keadaan sebenar.

“Tekanan adalah

gangguan daripada penonton, tetapi jika pemain mampu ‘mengunci’ cemuhan penonton, ia dipanggil practical intelligen­ce atau nous”.

Namun sama ada sepakan percuma ini mampu menjadi penyelamat kepada sesebuah pasukan, Sadek berkata ia bergantung kepada inisiatif pemain menguasai kemahiran terbabit dan keupayaan jurulatih mengenalpa­sti pemain yang memiliki kemahiran sedemikian.

“Ia adalah sebahagian daripada strategi permainan, tetapi tidak boleh bergantung kepada hanya seorang pemain untuk melakukann­ya. Ia aspek teknikal yang hanya boleh dikenalpas­ti oleh jurulatih menerusi data pemain yang dimilikiny­a dan biarpun nampak kecil tetapi membantu dalam keadaan kritikal”.

 ??  ?? SAFIQ
HADIN
SAFIQ HADIN
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Sadek
MOHD Sadek
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia