Harian Metro

‘SAYA RELA’

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Datuk sakit diabetes sanggup duduk rumah

orang tua elak cucu ponteng sekolah

“Jika diikutkan hati, saya lebih rela ditempatka­n di rumah orang tua berbanding menyusahka­n cucu,” kata A Hamid Othman, 58, datuk kepada dua murid yang terpaksa ponteng sekolah demi menguruska­n rumah mereka di Batu 9, Jalan Pantai, di sini.

Hamid berkata, jika kaki kanannya tidak kudung akibat kencing manis, dia mahu menguruska­n kehidupan dua cucunya, Muhamad Shazwan Hassim, 12, dan adiknya, Muhammad Darwish Rizqi, 7.

Katanya, lebih malang menantunya, Suzana Talib, 36, dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban kerana menghidap batu karang dan hempedu rosak manakala anaknya bekerja lewat malam sebagai pengawal keselamata­n demi menanggung keluarga.

“Saya memiliki seorang lagi cucu perempuan berusia 17 tahun namun dia bekerja sebagai pembantu gerai di Seremban.

“Tiada sesiapa lagi boleh diharapkan melainkan dua cucu hingga mereka terpaksa ponteng sekolah,” katanya.

Menurutnya, biarpun keadaannya menyusahka­n namun kedua-dua cucunya bersikap baik kerana menjaganya hingga mengabaika­n pembelajar­an di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, di sini.

“Saya sebak, sedih dan tidak terkata. Saya mahu mereka selalu ke sekolah, tetapi keadaan tidak mengizinka­n,” katanya.

Hamid berkata, selepas kisah dua beradik itu memasak dan mengemaska­n rumah disiarkan akhbar ini Rabu lalu, mereka menerima bantuan banyak pihak.

 ??  ??
 ??  ?? DUA cucu terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga Hamid.
DUA cucu terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia