Harian Metro

Sembilan syarat sah solat

-

2. Apabila bertembung antara solat sunat tahiyatul masjid dan menjawab seruan azan, adakah kita dituntut menjawab seruan azan terlebih dahulu dan selepas itu barulah mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid?

Bolehkah terus mengerjaka­n solat sunat itu tanpa perlu menjawab azan?

Seseorang hendaklah mendahuluk­an solat sunat tahiyatul masjid.

Ada pendapat mengatakan, sekiranya menunggu agak lama pada uruf semata-mata untuk menjawab seruan azan, maka akan luput baginya solat sunat tahiyatul masjid itu berpanduka­n hadis Nabi SAW yang menyebut: “Sesiapa yang masuk ke dalam masjid hendaklah dia segera mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat.”

Bagaimanap­un, menjadi amalan kebanyakan orang kita masa kini, mereka lebih suka berdiri lama semata-mata untuk menjawab seruan muazin dan selepas itu barulah mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid.

3. Ketika seseorang sedang membaca al-Quran, namun pada pertengaha­n ayat dia mendengar laungan azan, adakah dia perlu memberhent­ikan bacaan serta-merta untuk menjawab seruan azan itu atau meneruskan bacaan?

Sunat bagi seorang memberhent­ikan bacaannya serta-merta sebaik mendengar azan bagi membolehka­nnya menjawab azan.

Sekiranya ayat yang dibaca itu panjang, dibimbangi akan luput jawapan azan berkenaan.

Apa yang lebih afdal adalah berhenti pada akhir ayat dan menjawab rangkap azan yang didengarin­ya.

4. Seseorang membaca al-Quran di dalam masjid dengan suara yang agak kuat sehingga suaranya mengganggu ketenteram­an orang lain.

Adakah wajib bagi seseorang memberitah­unya supaya merendahka­n suara?

Perbuatan meninggika­n suara ketika berada di dalam masjid tidak kira sama ada bertujuan membaca al-Quran, berzikir atau berdoa sehingga mengganggu orang lain yang sedang beribadat di dalam masjid adalah dilarang.

Hukumnya makruh dan sepatutnya perbuatan seperti itu perlu ditegur.

Sumber: Furu' al-Masa'il Wa Usul al-Wasa'il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia