Harian Metro

KOTAK ‘MENANGIS’

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Kuantan

Dibalut dengan sehelai tuala dan diletakkan dalam kotak yang dialas kain batik. Itu keadaan seorang bayi lelaki yang ditinggalk­an di tepi surau wanita di Teluk Cempedak di sini, jam 10.30 pagi semalam.

Bayi berkenaan ditemui penjaga tandas di pantai peranginan itu yang terdengar suara tangisan bayi berkenaan.

Peniaga gerai makan yang mahu dikenali sebagai Ruzlan, 42, berkata, dia dimaklumka­n mengenai penemuan bayi itu oleh penjaga tandas berkenaan.

“Penjaga tandas itu mendengar suara tangisan bayi yang pada mulanya disangka anak kucing sebelum menyedari ada kotak diletak ditepi surau wanita.

“Sebaik kotak dibuka, dia menemui bayi berkenaan yang dibalut dengan tuala. Dia bergegas memberitah­u saya tentang penemuan itu,” katanya.

Ruzlan berkata, dia menghubung­i polis untuk memaklumka­n penemuan berkenaan.

Katanya, dia masih tertanya-tanya bagaimana kotak berkenaan boleh berada di kawasan itu sedangkan sebelum kejadian, beberapa anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan gotong-royong di lokasi berkenaan.

“Saya membuka gerai sekitar jam 8 pagi dan ketika itu saya melihat ada anggota TUDM sedang melakukan gotong-royong, namun ketika itu mereka tidak menemui kotak berkenaan.

“Mungkin bayi itu baru ditinggalk­an sebelum ditemui penjaga tandas, malah saya tidak melihat individu mencurigak­an,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika ditemui bayi berkenaan sedang tidur.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati tali pusatnya sudah dipotong dan bayi itu berusia sehari.

“Kami masih mengesan individu yang meninggalk­an bayi berkenaan,” katanya.

Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Bayi lelaki dibalut tuala ditinggalk­an di tepi surau wanita di Teluk Cempedak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia