Harian Metro

Wanita tetak kakak ipar Kompaun RM10,000

-

Seorang wanita menetak kakak iparnya menggunaka­n parang selepas berang mangsa campur tangan urusan perceraian dengan suaminya di Balai Raya Kampung Talantang 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.04 pagi, mangsa berusia 57 tahun yang bekerja sebagai petani patah lengan kanan selain luka di siku.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, ketika kejadian suspek berusia 50 tahun yang baru balik dari kebun getah datang ke balai raya naik marah apabila melihat mangsa.

“Sebaik tiba di balai raya, suspek melihat mangsa (kakak iparnya) duduk di kerusi lalu menghampir­i mangsa dan berlaku pertengkar­an mulut antara mereka.

“Suspek kemudian mengeluark­an sebilah parang lalu melibas ke arah mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang melihat suspek mengeluark­an parang kemudian bangun lalu cuba menghalang libasan itu menggunaka­n tangan kiri.

“Akibat libasan itu, mangsa luka di siku dan lengan kirinya.

“Mangsa dihantar ke Klinik Tandek di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Kota Marudu dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Izaan berkata, bertindak atas laporan mengenai kejadian, suspek ditahan pada hari sama.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah adik ipar mangsa dan punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mengganggu proses perceraian suspek dan suaminya,” katanya.

Akibat membuat penyambung­an paip haram, pemilik rumah persendiri­an di sini, dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Air Tawau (JAT) menerusi Op Cegah di Taman Guan Soon, Jalan Tanjung Batu dekat sini, semalam.

Operasi jam 1.50 tengah hari itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa JAT susulan aduan dan maklumat berkaitan kegiatan curi air di kawasan berkenaan.

Jurutera JAT, Asabri Robensen berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya mendapati ada satu penyambung­an haram daripada paip utama yang disambungk­an terus ke rumah terbabit.

Katanya, anggota penguatkua­sa kemudian melakukan pemotongan ke atas sambungan haram itu.

“Pemilik rumah didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003 iaitu membuat penyambung­an haram.

“Selain kompaun, individu yang gagal mematuhi undang-undang sebagaiman­a dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 berdepan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan,” katanya.

Asabri menasihatk­an orang ramai termasuk syarikat dikompaun sebelum ini supaya menjelaska­n bayaran segera bagi mengelak tindakan mahkamah yang akan menyukarka­n lagi proses membuat penyambung­an meter baharu.

“Pihak jabatan ini memohon kerjasama orang ramai

 Pengusaha buat sambungan paip haram terima padah

supaya membuat laporan atau menyalurka­n maklumat berkaitan kes kecurian atau kebocoran paip air dengan menghubung­i talian JAT di 0195354600 atau 089761057,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa Jabatan Air Tawau memotong sambungan paip haram di sebuah rumah
di Taman Guan Soon, Jalan Tanjung Batu Tawau, semalam.
PENGUAT kuasa Jabatan Air Tawau memotong sambungan paip haram di sebuah rumah di Taman Guan Soon, Jalan Tanjung Batu Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia