Harian Metro

Naik taraf sistem kendali bagasi

-

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) komited untuk menaik taraf Sistem Pengendali­an Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh tiga tahun, bermula tahun ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB, Nik Anis Nik Zakaria berkata, pengendali lapangan terbang itu dijangka memperuntu­kkan pelaburan antara RM250 hingga RM300 juta yang mana sistem BHS di KLIA akan dipertingk­at secara berperingk­at dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, usaha menaik taraf sistem pengendali­an bagasi itu termasuk menggantik­an teknologi sedia ada kepada yang baru bagi memudahkan pengguna lapangan terbang itu.

“KLIA dan klia2 menggunaka­n satu sistem dan rangkaian lapangan terbang yang sama, namun sistem kendalian bagasi adalah berbeza mengikut keperluan di dua lapangan terbang itu.

“Langkah untuk menaik taraf sistem bagasi di KLIA adalah tepat dan bersesuaia­n dengan tuntutan semasa memandangk­an ia beroperasi lebih 20 tahun dan memerlukan pembaharua­n bagi keselesaan kakitangan dan penumpang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Sistem BHS Kepada Media di sini, semalam.

Program sehari itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada media mengenai bagaimana bagasi dikendalik­an di klia2 menggunaka­n sistem BHS ketika ketibaan dan pelepasan penumpang di lapangan terbang itu selain taklimat mengenai sistem pemeriksaa­n keselamata­n bagasi.

 ??  ?? PETUGAS pengendali­an bagasi melakukan tugas di klia2.
PETUGAS pengendali­an bagasi melakukan tugas di klia2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia