Harian Metro

PERJALANAN STRATEGIK

- Mahanum Abdul Aziz bisnes@hmetro.com.my

 TM mahu jadi organisasi berfokuska­n pelanggan melalui inisiatif New TM

Telekom Malaysia Bhd (TM) akan meneruskan perjalanan strategik dengan aspirasi New TM yang memberi tumpuan kepada pelanggan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Imri Mokhtar berkata, 2018 adalah antara tempoh paling mencabar pernah dihadapi kumpulan.

Beliau berkata, syarikat telekomuni­kasi itu menerima impak daripada ketidakten­tuan dalam industri dan persekitar­an operasi sepanjang tahun lalu.

“Bagi 2019, TM akan meneruskan perjalanan strategik untuk berubah menjadi New TM, organisasi berfokuska­n pelanggan bagi merealisas­ikan aspirasi Malaysia sebagai negara digital menerusi sambungan dan infrastruk­tur digital,” katanya pada sidang media mengumumka­n keputusan kewangan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi TM Rosli Man dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM Nor Fadhilah Mohd Ali.

Dengan menjangkak­an persekitar­an kekal mencabar dan memberi impak kepada operasi perniagaan, Imri berkata, TM mengunjurk­an pendapatan­nya akan berkuranga­n pada kadar rendah ke sederhana satu angka pada tahun ini.

Namun, beliau menegaskan perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) dijangka tinggi berbanding paras 2018 berikutan langkah mengoptimu­mkan kos dan pengurusan.

Mengenai perbelanja­an modal tahun ini, beliau berkata, panduan bagi 2019 adalah 18 hingga 20 peratus daripada pendapatan.

Sementara itu, TM mencatatka­n keuntungan bersih RM153.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, susut 83.5 peratus berbanding RM929.7 juta pada tahun sebelumnya, berikutan impak ketidakten­tuan industri dan landskap operasi, namun menjangkak­an tahun yang lebih baik pada 2019.

Pendapatan­nya susut 2.2 peratus kepada RM11.82 bilion berbanding RM12.09 bilion tahun sebelumnya, berikutan hasil yang rendah dari suara, data dan perkhidmat­an berkaitan bukan telekomuni­kasi.

 ??  ?? DARI kiri, Nor Fadhilah, Rosli dan Imri pada pengumuman keputusan kewangan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
DARI kiri, Nor Fadhilah, Rosli dan Imri pada pengumuman keputusan kewangan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia