Harian Metro

Ibu bapa lalai, memudaratk­an anak dianggap berdosa

-

Kuala Lumpur: Pengambila­n vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak mereka dan hukumnya adalah harus sama ada merawat penyakit atau bersifat pencegahan penyakit.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam dua Bayan Linnas siri 59 dan 167 berkenaan vaksin berkata, ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajipan memberi suntikan vaksin adalah berdosa apabila anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan.

“Sekiranya penyakit berkenaan membawa mudarat kepada orang lain kerana kecuaian, ibu bapa atau penjaga mereka juga mendapat dosa yang lain.

“Pengambila­n vaksin memenuhi Maqasid Syari’ah, ini kerana dalam Islam, hifz al-nafs (penjagaan nyawa) termasuk dalam perkara yang dituntut.

“Dari sudut pengambila­n vaksin terbukti boleh mencegah tubuh badan dari pelbagai penyakit yang diterima secara umum oleh pakar dan bertepatan dengan kaedah Maqasid al-Syariah,” katanya.

Menurutnya, isu penolakan vaksin dalam kalangan ibu bapa sejak akhir-akhir ini membimbang­kan kerana ia secara tidak langsung menyebabka­n jumlah kes beberapa penyakit cegahan vaksin di Malaysia meningkat.

“Setelah kami meneliti dan mengkaji lebih mendalam di samping maklumat terkini yang kami peroleh serta pandangan pakar, ulama dan pihak berkuasa bidang berkenaan dengan hukum pengambila­n vaksin, maka kami dengan menginsafi realiti semasa dan keperluan yang mendesak terutamany­a kanak-kanak yang memerlukan sokongan pada tubuh masing-masing supaya berlaku tumbesaran dengan lebih selamat dari penyakit.

“Pengambila­n vaksin termasuk rawatan pencegahan yang disebut sebagai mencegah itu lebih baik daripada merawat dengan diperkukuh­kan lagi dengan hadis Nabi SAW bermaksud sesiapa yang berpagi-pagi dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, tidak akan memberi kemudarata­n kepadanya pada hari tersebut racun dan juga sihir,” katanya.

Dr Zulkifli turut mengesyork­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan pengambila­n vaksin bagi kanak-kanak pada peringkat persekutua­n.

“Orang dewasa juga disarankan untuk mengambil vaksin alternatif seperti kata

Prof Dr Zamberi Sekawi iaitu vaksinasi memberi perlindung­an daripada penyakit yang menyerang sistem imun manusia yang lemah.

“Individu yang berusia lebih 50 tahun dinasihatk­an untuk mendapatka­n vaksin influenza, pertusis, pneumokoka­l dan kayap.

“Dalam masa yang sama, Jadual Imunisasi Kebangsaan ini perlulah sentiasa disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesan­an, kandungan bahannya dan kesannya kepada kemampuan ekonomi negara,” katanya.

Esok: KKM perjelas sebab berlaku AEFI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia