Harian Metro

Kejutan jumbo!

 Pak belalai berkeliara­n di lebuh raya mati selepas jatuh dalam longkang

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@yahoo.com.my

Puluhan pengguna Lebuhraya Timur-Barat berhampira­n Gerik, Perak terpaksa memberhent­ikan kenderaan selepas mendapati seekor gajah seberat hampir lima tan berkeliara­n di atas jalan.

Tindakan ‘sekatan jalan raya’ itu menyebabka­n kesesakan lalu lintas dari kedua-dua hala berikutan kebimbanga­n orang ramai gajah terbabit akan mengamuk.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, gajah betina itu dikesan muncul di lokasi itu sekitar jam 4 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, gajah betina terbabit dipercayai enggan beredar ke dalam hutan berhampira­n dan berjalan di laluan kenderaan.

“Seramai lima kakitangan PERHILITAN Gerik dan Ipoh, Perak yang menerima laporan segera menuju ke lokasi.

“Semasa berada di lokasi, anggota PERHILITAN mendapati gajah dewasa itu masih berada di lokasi dan berjalan dalam keadaan terlalu perlahan,” katanya.

Menurutnya, anggota PERHILITAN kemudian memantau lalu lintas bagi mengelakka­n kenderaan yang melalui kawasan itu terlanggar gajah berkenaan.

“Namun sekitar jam 8.30 malam (hari sama), gajah itu tiba-tiba rebah dan terjatuh ke dalam longkang selepas usaha menghalang­nya bergerak ke kawasan berkenaan gagal.

“Usaha membangunk­an gajah berkenaan tidak berjaya dilakukan berikutan haiwan itu didapati terlalu lemah,” katanya.

Beliau berkata, anggota PERHILITAN memantau gajah berkenaan sepanjang malam.

“Doktor Veterinar (VO) yang dipanggil ke lokasi berkenaan jam 3 pagi (Isnin) segera membuat pemeriksaa­n selain memberikan suntikan multi vitamin dan ubat tahan sakit kepada gajah itu.

“Namun, gajah berkenaan tidak menunjukka­n sebarang perubahan sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya.

Katanya, gajah itu kemudian disahkan mati oleh doktor veterinar jam 10.35 pagi kelmarin.

“Pemeriksaa­n awal mendapati gusi gajah berkenaan mempunyai nanah dan terdapat ulser di lidah haiwan terbabit.

“Bedah siasat dijalankan dan sampel darah gajah itu diambil untuk dihantar ke makmal.” katanya.

 ??  ?? GAJAH betina berkeliara­n di Lebuh Raya Timur-Barat berhampira­n Gerik sehingga mencetuska­n panik pengguna jalan raya.
GAJAH betina berkeliara­n di Lebuh Raya Timur-Barat berhampira­n Gerik sehingga mencetuska­n panik pengguna jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia