Harian Metro

Didakwa tipu bank 16 tahun lalu

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Dua terbabit kes bunuh warga Indonesia kena reman  Ahli perniagaan tak mengaku palsukan dokumen untuk pinjam RM1.39 juta

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk membuat pinjaman bank berjumlah lebih RM1.39 juta, 16 tahun lalu.

Tertuduh, Azmi Ismail, 53, atau lebih dikenali sebagai Azmi Juta membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Che Noralashik­en Abd Razak.

Azmi didakwa melakukan

Polis menahan dua suspek dipercayai terbabit kes pembunuhan lelaki warga Indonesia yang ditemui mati di tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, 18 tahun lalu.

Dua suspek terbabit iaitu lelaki Indonesia berusia 50 tahun yang memiliki kad pengenalan pemastauti­n tetap dan seorang wanita warga pemalsuan surat berupa cagaran berharga iaitu satu

dan menggunaka­nnya untuk membuat permohonan pinjaman di Bank Muamalat Cawangan Taiping berjumlah RM 1,395,700.44 dengan niat menyebabka­n kerugian kepada pihak bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di sebuah firma guaman Faisal Azian & Co, No 11 Jalan Raja Sulong, Medan, Taiping jam 2.35 petang, 19 Februari 2003.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam P Ravee.

Mohd Azrul kemudianny­a memohon mahkamah mengenakan ikat jamin setimpal dan menawarkan jumlah jaminan RM100,000 kepada tertuduh.

Ravee memohon mahkamah mempertimb­angkan supaya anak guamnya dikenakan wang jaminan rendah iaitu RM20,000.

Che Noralashik­en kemudianny­a membenarka­n tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin selain tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Balai Polis Taiping setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 18 April ini.

 ??  ?? AZMI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Taiping, semalam.
AZMI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia