Harian Metro

Berganding bahu bina kekuatan

-

Sibu: Masyarakat Melanau perlu berganding bahu sesama mereka untuk membina kekuatan agar mampu berdikari dan bersaing secara sihat dengan kaum atau etnik lain di negeri ini.

Ia seiring dengan pendirian kerajaan negeri mahu memastikan tiada kaum atau etnik di Sarawak yang ketinggala­n dalam menikmati nikmat kemajuan sosio-ekonomi.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kaum itu juga perlu bergerak seimbang dengan kemajuan untuk meraih kecemerlan­gan dalam segenap bidang.

Menurutnya, kepesatan dalam perkembang­an dunia komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) ketika ini sudah pasti memberikan cabaran baharu.

“Mereka perlu peka dengan persekitar­an dalaman dan luaran bagi memastikan komuniti Melanau terus proaktif selaras aspirasi kerajaan negeri membangunk­an rakyat melalui ekonomi digital.

“Bagaimanap­un, dalam mengejar kemajuan, jangan bergerak bersendiri­an. Sebaliknya, kita perlu menjalinka­n hubungan erat dengan komuniti lain di Sarawak,” katanya pada Sambutan Ulangtahun Jubli Intan Persatuan Melanau Sibu (PMS) Ke-60 di sini, kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Hadir sama, Pengerusi Persekutan Persatuan Melanau Sarawak, Abdullah Saidol merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dan Pengerusi PMS, Mohamad Anis Ili.

Sementara itu, Abang Johari berkata, PMS mampu berperanan sebagai penyumbang ke arah perpaduan harmoni yang menjadi nadi Sarawak sebagai sebuah negeri majmuk.

Malah, katanya, PMS mempunyai sejarah penubuhann­ya yang amat unik dan antara yang tertua dalam Persekutua­n Persatuan Melanau Sarawak.

“Tidak dapat dinafikan Sibu adalah salah satu bandar di Sarawak yang strategik bagi komuniti Melanau untuk berhijrah dan mencari nafkah.

“Pelbagai peluang ekonomi yang wujud di bandar ini memberikan impak positif kepada kaum Melanau sekali gus membantu menaikkan taraf ekonomi mereka melalui peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.

 ??  ?? LEN Talif (dua dari kanan) mewakili Ketua Menteri menyempurn­akan majlis perasmian Sambutan Ulangtahun Jubli Intan PMS Ke-60, kelmarin.
LEN Talif (dua dari kanan) mewakili Ketua Menteri menyempurn­akan majlis perasmian Sambutan Ulangtahun Jubli Intan PMS Ke-60, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia