Harian Metro

Dua lagi dicekup

Suspek kes tipu kerja di Kemboja ditahan polis

- Garret Dawum garret@nstp.com.my

Dua lagi suspek kes penipuan pekerjaan membabitka­n 47 rakyat Malaysia di Kemboja ditahan dalam serbuan di dua lokasi di bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan jam 5 petang bertindak atas maklumat risikan.

“Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 35 tahun ditahan di rumah berasingan iaitu di Traffic Garden dan Taman Chung Hua, di sini.

“Polis turut merampas telefon bimbit, kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan Mastercard Bigpay,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang juga suspek pertama direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sebelum itu, 47 warga Malaysia termasuk 40 individu berasal dari Sarawak dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan di Kemboja.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di dua rumah di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh pada 11 Disember lalu.

 ?? Mustafa Kamal Gani Abdullah ?? Polis turut merampas telefon bimbit, kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan Mastercard Bigpay”
Mustafa Kamal Gani Abdullah Polis turut merampas telefon bimbit, kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan Mastercard Bigpay”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia