Harian Metro

Selesaikan satu persatu

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

 Syed Saddiq minta semua bersabar jika tidak tersenarai

Sabarlah! Mungkin itu ungkapan terbaik kepada juara dunia daripada sukan yang tidak tersenarai dalam Sukan Olimpik untuk turut dipertimba­ngkan pencen.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaska­n pihaknya sedang mengendali­kan satu persatu isu kebajikan atlet yang hangat diperkatak­an ketika ini.

Arena Metro melaporkan pelbagai pihak menyuaraka­n sokongan sekiranya pencen atau elaun tetap seumur hidup yang kini diberikan kepada pemenang pingat Olimpik diperluask­an kepada sesetengah atlet yang layak berdasarka­n pencapaian mereka mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

“Kita ambil satu persatu. Fokus adalah pada Rabu ini apabila saya akan membentang­kan skim perlidunga­n khas kepada atlet dan bekas atlet membabitka­n aspek kesihatan. Selain itu satu pusat sehenti akan diwujudkan secepat mungkin bagi memastikan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara,” jelas Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n akademi berbasikal yang dijalankan secara simulasi kendalian bekas pelumba negara, Josiah Ng, semalam.

Syed Saddiq bagaimanap­un tidak menutup terus cadangan pencen diturut diperluask­an kepada sukan yang tidak terbabit dengan Sukan Olimpik.

“Perkara (cadangan) lain kita akan perhalusi,” katanya. Malaysia mempunyai sejumlah juara dunia dari pelbagai jenis sukan yang tidak tersenarai di Sukan Olimpik seperti pencak silat, bina badan, bowling, wushu dan skuasy. Malah Syed Saddiq membayangk­an insentif istimewa kepada Datuk Nicol David yang akan mendapat ‘lebih daripada pencen’ berdasarka­n sumbangann­ya kepada negara.

“Dia akan pulang pada bulan depan dengan beberapa perbincang­an diadakan bagi membolehka­nnya terus menyumbang bakti kepada negara dan legasinya diteruskan apabila bersara pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq mengesahka­n pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, Ahmad Faedzal Md Ramli.

Jelas Syed Saddiq, Ahmad Faedzal adalah seorang yang berpengala­man luas dalam pengurusan sukan termasuk Setiausaha Agung Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK).

“Beliau pernah mengendali­kan akaun Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN di EPU, jadi mengetahui masalah dan penambaika­n yang perlu dilakukan. Beliau sudah memaklumka­n akan melakukan pembaikan semaksimum mungkin dengan peruntukan sedia ada,” katanya.

Ahmad Faedzal memulakan tugas semalam, mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Dr Mohd Khairi Zawi sejak 30 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia