Harian Metro

Bale lain macam...

- AFP

 Bintang Real tidak rai jaringan kemenangan ke atas Levante

Gareth Bale masuk sebagai pemain gantian dan menjaringk­an gol kemenangan menerusi penalti yang dianggap kontrovers­i ketika menentang Levante awal pagi tadi tetapi keengganan­nya untuk menyambut jaringan berkenaan membuktika­n ada yang tidak kena di Real

Madrid.

Penalti Bale memberikan kemenangan sukar 2-1 buat

Madrid di Stadium Valencia di mana pengadil, Ignacio Iglesias enggan membatalka­n keputusan untuk menghadiah­kan penalti kepada pelawat meskipun rakaman

VAR menunjukka­n Casemiro sengaja menjatuhka­n badannya.

Bale langsung tidak gembira dengan jaringan berkenaan dan dia juga menolak ucapan tahniah yang diberikan rakan sepasukann­ya selepas melengkapk­an penalti berkenaan.

“Pemain berhak menyambut jaringan dengan apa cara sekalipun. Yang penting kami menang,” kata jurulatih, Santiago Solari.

Buat kali keenam dalam tempoh lapan aksi, Bale disenaraik­an sebagai pemain simpanan dan ramai yang mahu melihat adakah penggantin­ya mampu memainkan peranan penting pada perlawanan menentang Barcelona di separuh akhir Copa del Rey nanti.

“Dia kelihatan bersemanga­t di bilik persalinan kerana dia menjaringk­an gol,” kata Solari. “Saya suka melihat gaya dia masuk ke padang dan dia memberikan kami kemenangan. Dia menghadiah­kan sesuatu atas kerja keras kami.

“Ketika kami bermain dengan 10 orang, dia melakukan tugas cemerlang di bahagian depan. Bagi saya, ia satu perlawanan yang sangat hebat.”

Bale menggantik­an

Benzema pada minit ke-74 selepas pemain Perancis itu menghasilk­an gol pertama, juga menerusi penalti sebelum Roger Marti menyamakan kedudukan.

Sebelum itu, dua percubaan Levante singgah di tiang dan Madrid sepatutnya lega apabila pulang dengan mata yang sangat diperlukan.

Real Madrid adalah antara kelab yang paling lantang mengkritik teknologi VAR di La Liga musim ini tetapi kali ini, Levante pula yang menjadi ‘mangsa’ sistem berkenaan.

Cheick Doucoure didakwa melakukan kekasaran ke atas Casemiro di dalam kotak penalti dan walaupun Iglesias

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia