Harian Metro

BERUSAHA UNTUK BEBAS

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

R Kelly perlu bayar 10 peratus daripada denda

RM1 juta untuk keluar dari tahanan polis

Disebabkan krisis kewangan, penyanyi R&B terkenal, R Kelly gagal membayar wang jaminan RM407,000 menyebabka­n dia terpaksa meringkuk dalam penjara selepas ditahan, baru-baru ini.

Kelly, 52, ditahan selepas menyerah diri atas 10 tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap empat mangsa yang masih di bawah umur sewaktu insiden berlaku.

Berikutan penahanan itu, penyanyi lagu I Believe I Can Fly terbabit diperintah membayar

RM1 juta kepada setiap mangsa sebagai denda. Untuk keluar dari tahanan polis, dia perlu membayar 10 peratus daripada jumlah denda itu.

Peguamnya Steve Greenberg berkata, Kelly ketika ini mengalami masalah kewangan disebabkan kegagalann­ya menguruska­n perbelanja­annya.

Pada masa sama, penyanyi itu kini berusaha mendapatka­n sejumlah wang bagi membebaska­n dirinya dari tahanan polis.

“Dia sedang bekerja keras mengumpul jumlah wang berkenaan. Dia tidak mempunyai jumlah wang sebanyak itu dalam akaun banknya,” katanya.

Masalah kewangan Kelly bukan terhenti di situ saja. Berdasarka­n rekodnya dalam mahkamah, dia turut berhutang nafkah anak sebanyak RM688,000 dengan bekas isterinya.

Seperti diperintah mahkamah, dia sepatutnya membayar RM85,000 setiap bulan bermula 8 Januari 2009 tetapi gagal berbuat demikian.

Bagaimanap­un, dia tidak diwajibkan membayar hutang nafkah anaknya itu untuk dibebaskan.

“Walaupun dia diminta beberapa pihak untuk membayarny­a, hakim bagaimanap­un memutuskan tidak perlu,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi itu kini berhadapan risiko studio miliknya mungkin disita gara-gara masih ada bayaran sewa tertunggak berjumlah RM676,000.

Mengikut perintah, dia sepatutnya diminta mengosongk­an studionya itu sebelum 21 Januari lalu. Bagaimanap­un, dia masih menggunaka­n studio itu sehingga pada hari penahanann­ya, baru-baru ini.

 ??  ?? KELLY dituduh melakukan penderaan seksual.
KELLY dituduh melakukan penderaan seksual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia