Harian Metro

Mahu tarik pengundi muda

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

 Abang Ya impi rampas semula Semenyih

Ramai tidak menjangkak­an Zakaria Hanafi, 58, atau mesra dipanggil Abang Ya dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk cuba merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Anak jati Semenyih itu lemah lembut, tidak banyak bercakap tetapi bersemanga­t kental. Ia dibuktikan dengan kejayaanny­a memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Pembanguna­n pada usia lewat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain mendidik tiga anaknya hingga semua mereka berjaya sebagai doktor perubatan dan pergigian. Kekentalan­nya itu mahu diterjemah­kan sebagai wakil rakyat jika Hulu Langat: Seramai 858 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijangka menunaikan tanggungja­wab mereka di dua pusat pengundian yang dibuka hari ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, 761 anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka mengundi di terpilih.

Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid dengan beliau.

Soalan (S): Selepas seminggu berkempen dan kini masuk pusingan kedua, bagaimana penerimaan pengundi?

Jawapn (J): Saya kali pertama dipilih sebagai calon. Dulu di cawangan, apabila saya turun ke lapangan nampak kaum India, Cina, apatah lagi Melayu. Mereka nampak lebih mengharapk­an saya menjadi saluran untuk menyatakan rasa tidak puas hati, ya semua tidak puas hati dengan janji ditaburkan parti pemerintah tapi tak ditunaikan. Mereka kata, cukuplah, kali ini bagi kepada saya.

S: Pandangan Abang Ya berkaitan sentimen pengundi muda?

J: Pengundi muda banyak turut serta, banyak bilik gerakan digerakkan mereka. Apabila kita ke pasar dan berkempen bertemu mereka, apabila kita mahu bersalam pun, mereka menghulurk­an tangan. Dulu saya dengar semasa PRU14, tengok baju biru BN pun mereka

tak ingin tapi kali ini mereka beri penghormat­an, satu perubahan yang ketara.

S: Apakah yang Abang Ya akan lakukan untuk memastikan sokongan dan protes pengundi ini terus berpihak kepada BN?

J: Bagi saya terdapat dua golongan di Semenyih, golongan lama dah tetap pilihan mereka, sudah tertanam dalam hati mereka tapi yang muda atau atas pagar itu yang mahu kita tarik, kita sendiri turun, menggunaka­n kepemimpin­an atasan dan tempatan untuk mempengaru­hi mereka, mengenal pasti masalah golongan muda, jentera mesti kuat bekerja. Kaum wanita tiada masalah tapi yang muda kita gunakan semua pendekatan yang ada.

S: Pihak lawan menawarkan pelbagai janji seperti membina hospital, mahu selesaikan masalah lalu lintas, membaiki jalan raya dan lain-lain. Apa tawaran BN?

J: Saya nampak begini, negeri ini diperintah Pakatan Rakyat selama dua penggal, untuk PH sudah 10 bulan, masalah tidak dinafikan ada yang selesai tapi tak jelas, tak kelihatan oleh rakyat.

S: Boleh Abang Ya kongsikan rahsia kekalkan stamina sepanjang tempoh berkempen, ada ambil jamu?

J: Tak ambil jamu pun, cuma kebetulan anak saya doktor dan mereka menasihatk­an saya ambil makanan tambahan, merekalah penasihat kesihatan saya. Dulu pun ada pengalaman jadi pemuda bahagian, selagi ayam tak berkokok, tak balik lagi, jadi stamina itu bukan masalah.

 ??  ?? ZAKARIA
ZAKARIA
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia