Harian Metro

Ella pecah rekod sendiri

-

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ella mencipta rekod baru dalam

Malaysia Book Of Records

apabila membuat persembaha­n diiringi 200 pemuzik pada majlis Kitalah Bintang yang berlangsun­g di The Love@MATIC, Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ella, 52, yang diiringi pemuzik terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu turut memecah rekodnya sendiri yang melakukan perkara sama dengan 100 pemuzik pada 2016.

“Semestinya saya bangga memecahkan rekod sendiri. Bagi saya, acara ini secara keseluruha­n sangat bermakna buat semua yang terbabit.

“Ini adalah kerjasama yang sangat menarik apabila dapat beramai-ramai. Ia bagus untuk memberi pendedahan buat saya dan semua pelajar yang terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Ella juga mengakui masih ada

jamming

rasa gementar menjelang konsert Ella Unplugged In KL di Istana Budaya pada 29, 30 dan 31 Mac ini.

“Saya masih ada

setiap kali mengadakan konsert. Saya juga agak bimbang jika berdepan masalah kesihatan menjelang konsert itu nanti.

“Setakat ini, sudah 55 peratus persiapan sudah dilakukan. Segala aspek kami buat dengan teliti termasukla­h vokal, pementasan dan lain-lain,” katanya.

fright

stage

 ??  ?? ELLA mengadakan persembaha­n bertenaga di The Love@MATIC, semalam.
ELLA mengadakan persembaha­n bertenaga di The Love@MATIC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia