Harian Metro

Dua suspek samun ditahan

-

Shah Alam: Dua suspek lelaki dipercayai terbabit dengan kes jenayah bermotosik­al yang melakukan samun di beberapa lokasi di negeri ini ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin bagaimanap­un enggan mendedahka­n tarikh dan lokasi tangkapan dilakukan.

Menurutnya, ia bertujuan membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut dan mengesan baki suspek lain yang terbabit kegiatan jenayah berkenaan.

“Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menangani kes jenayah sekumpulan lelaki bermotosik­al yang melakukan samun seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Dua lelaki itu ditahan buat masa ini dan siasatan dijalankan mengenai penglibata­n mereka di dalam kegiatan jenayah terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Beliau berkata, polis memerlukan maklumat dan kerjasama orang awam untuk membantu pihaknya mengesan kumpulan penjenayah berkenaan.

Katanya, polis percaya kumpulan berkenaan bergerak dan menunggu peluang dan ruang sekiranya terdapat kesempatan melakukan samun.

Pada 21 Februari lalu, tiga kes samun dan cubaan samun dilaporkan membabitka­n antara enam, tujuh dan lapan lelaki dipercayai warga tempatan menaiki empat motosikal bersenjata­kan parang.

Suspek terbabit mencari sasaran di pekarangan rumah di kawasan sunyi sebelum melakukan jenayah itu.

Dalam kes pertama jam 2.15 petang, seorang mangsa lelaki yang meletakkan kereta di luar rumahnya di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas, Klang didatangi enam lelaki menaiki motosikal mengacukan parang sebelum melarikan wang tunai RM5,000, buku cek, barang kemas RM2,000 dan telefon bimbit.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita disamun ketika berada di depan rumahnya di Lorong Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang oleh lapan lelaki bersenjata­kan parang menaiki empat motosikal jenis Yamaha 125Z.

 ?? Noor Azam Jamaludin ?? Pasukan khas ditubuh bagi menangani kes sekumpulan lelaki bermotosik­al yang melakukan samun seperti tular di media sosial”
Noor Azam Jamaludin Pasukan khas ditubuh bagi menangani kes sekumpulan lelaki bermotosik­al yang melakukan samun seperti tular di media sosial”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia