Harian Metro

Suspek ditahan ‘gila isim’ selepas belajar ilmu agama di negara jiran

-

Suspek yang meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda dekat sini, dipercayai mempunyai masalah mental ‘gila isim’ selepas mempelajar­i ilmu agama yang salah di negara jiran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari surau itu di Taman Pandamar Indah, dekat sini, jam 6.15 petang kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur mengaku terbabit meletakkan patung secara bersendiri­an di surau terbabit.

“Berdasarka­n keterangan suspek, lelaki itu meletakkan satu patung kepercayaa­n Buddha dikenali ‘Datuk Gong’ berikutan mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit.

“Dua lagi patung kepercayaa­n Hindu turut diletakkan untuk tujuan sama.

“Suspek memaklumka­n dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikeliling­i patung berhala dan percaya perlu bertindak melakukan perkara yang sama di surau berdekatan rumahnya itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Kata Shamsul Amar, suspek turut mengaku mengambil patung berkenaan di tokong kecil berhadapan sebuah rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek juga dipercayai baru saja pulang ke negara ini dari negara jiran selepas dipercayai bekerja serta menuntut ilmu agama yang salah.

“Hasil pemeriksaa­n ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amine.

“Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangk­an kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.

“Kita akan menjalanka­n siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkina­n suspek mempunyai masalah mental,” katanya memaklumka­n kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SHAMSUL Amar
SHAMSUL Amar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia