Harian Metro

Operasi rahsia rumah teres

 Makmal proses dadah di Setia Alam diserbu, sembilan ahli sindiket ditahan

- Shah Alam Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Taktik sindiket memproses dadah yang menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat dilengkapi pengawal keselamata­n sebagai lokasi operasi terbongkar apabila sembilan suspek warga tempatan termasuk seorang wanita warga emas ditahan dalam serbuan di Setia Alam, di sini, Khamis lalu.

Serbuan dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sindiket dipercayai menyewa rumah itu dengan sewa RM1,500 sejak enam bulan lalu dan menjadikan sebuah bilik di tingkat atas kediaman berkenaan sebagai makmal memproses dadah.

Menurutnya, antara barang yang dirampas termasukla­h 6.9 kilogram (kg) dadah jenis heroin, 0.75 kg heroin base, 1.25 kg ganja serta pelbagai lagi alat memproses dadah.

“Lapan suspek lelaki berusia 19 hingga 47 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 65 tahun yang juga ibu kepada salah seorang suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sebahagian suspek bekerja sebagai pengawal keselamata­n dan ada juga di antara mereka yang tidak bekerja,” katanya dalam sidang media di IPD Shah Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata, dadah yang diproses dipercayai untuk pasaran tempatan dan sindiket terbabit dipercayai memproses dadah sebanyak 30 hingga 35 kg sebulan.

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan dadah dianggarka­n berjumlah RM149,585.

“Selain itu, polis turut menyita enam kenderaan digunakan suspek, wang tunai RM3,700, pelbagai jam tangan berjenama, barang kemas dengan nilai keseluruha­n sitaan berjumlah RM183,300.

“Semua tangkapan direman sehingga 28 Februari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? NOOR Azam (tiga dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib (dua dari kanan) menunjukka­n dadah jenis heroin yang dirampas.
NOOR Azam (tiga dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib (dua dari kanan) menunjukka­n dadah jenis heroin yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia