Jelius kecewa aksi layu anak buahnya ‘KAMI PATUT DAPAT PENALTI’
Kota Kinabalu: Pengendali Sabah, Jelius Ating kecewa aksi layu anak buahnya pada babak kedua menyebabkan pasukan itu kecundang 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDTII) di Stadium Likas, kelmarin.
Katanya, mereka memulakan permainan dengan baik sehingga berjaya mendahului lawan, namun prestasi turun secara mendadak di babak berikut.
“Kami menguasai permainan di separuh masa pertama sehingga JDTII langsung tidak memiliki ruang dan peluang selain berjaya menghasilkan gol.
“Bagaimanapun, semuanya berubah di separuh masa kedua. Pemain tidak mampu mempertahankan kedudukan dan melepaskan beberapa peluang. Ini semua kerana sikap (tidak bersungguh-sungguh) dan akhirnya pihak lawan menang perlawanan ini,” katanya, semalam.
Jelius berkata, pemain perlu segera mengubah sikap sekiranya tidak mahu terus kecewa pada aksi seterusnya.
“Memang agak kecewa, namun saya terima kekalahan dan kini perlu memandang ke hadapan serta melakukan sesuatu supaya mampu bangkit pada perlawanan akan datang,” katanya.
Aksi kelmarin menyaksikan skuad Tambadau mendahului hasil jaringan pemain import baharu mereka, Luka Milunovic pada minit ke-13.
Bagaimanapun, JDTII berjaya meledak dua gol di separuh masa kedua hasil tandukan Mohamad Ghaddar pada minit ke-62 dan sepakan percuma Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-83.
Manjong
“Kami patut dapat penalti. Jika ada VAR (video bantuan pengadil), mungkin bola yang melantun kena tangan pemain Kedah, penyokong semua boleh lihat, cuma kita dinafikan (peluang mengubah keputusan perlawanan).”
Itu rungutan pengendali Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim yang terkilan dengan beberapa keputusan pengadil selepas pasukan tuan rumah tumpas 0-2 di tangan Kedah, malam kelmarin.
Beliau merujuk kepada aksi minit ke-78 ketika keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti lawan menyaksikan rembatan Yashir Pinto dikatakan terkena tangan pemain Kedah.
Pemain PKNP nyata tidak berpuas hati apabila tidak mendapat sepakan penalti sehingga mengerumuni pembantu pengadil, manakala penye-
Pengendali PKNP ulas isu kekalahan pasukannya kelmarin
rang tuan rumah, Mohd Hafiz Kamal dilayangkan kad kuning kerana membantah pengadil perlawanan.
Justeru, beliau akan membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap beberapa keputusan pengadil yang dianggap tidak tepat sehingga merencatkan semangat anak didiknya.
“Kekalahan saya boleh terima, ia sebahagian rencam dalam bola sepak. Cuma kami bermain di tempat sendiri dan dinafikan peluang dengan beberapa keputusan pe-