Harian Metro

HARAP TUAH TAHUN BAHARU

-

 Vivian yang berganding­an dengan Cheng Wen impi layak ke Olimpik 2020

“Saya jarang pulang ke rumah walaupun hanya beberapa kilometer dari Bukit Kiara. Jadi sambutan Tahun Baharu Cina adalah peluang terbaik bersama keluarga walaupun hanya diberi pelepasan beberapa hari. Ini adalah masa terbaik kami makan dan mengadakan aktiviti bersama,” katanya yang meraih emas di Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu.

Vivian juga mengakui sambutan Tahun Baharu Cina tetap diraikan dengan penuh gembira dan saat paling ditungguny­a walaupun sudah menjengah dewasa.

“Bagi saya tiada perbezaan sama ada ketika zaman kanak-kanak mahupun dewasa. Mungkin dulu sedikit teruja kerana ibu bapa akan membeli pakaian baharu untuk saya. Sekarang bila sudah dewasa sedikit berbeza tidak banyak membeli-belah namun keterujaan untuk menyambut perayaan ini masih ada.

“Aktiviti ketika Tahun Baharu Cina pula masih sama seperti dulu, rata-rata keluarga saya memang berasal dan menetap di Kuala Lumpur. Bapa dan ibu saudara saya akan berkumpul di rumah nenek saya yang tidak jauh dari sini. Hari raya kedua kami akan berkunjung ke rumah keluarga di sebelah ibu saya pula di Klang,” kata Vivian.

Antara perkara menarik mengenai sambutan Tahun Baharu Cina bagi keluarga Vivian ialah mereka sering menyiapkan satu video khas berserta dengan lagu yang dicipta sendiri.

“Sebenarnya kami sudah menjadikan klip video sambutan ini sebagai satu tradisi keluarga, bermula 2008. Setakat ini kita sudah menyiapkan 10 video mengikut tema yang berbeza.

“Ini adalah idea seluruh ahli keluarga saya dan masing-masing mempunyai peranan tersendiri, ada yang pandai menyanyi, main gitar dan piano. Seorang bapa saudara saya pula bekerja sebagai pereka pengiklana­n dan dia akan menyiapkan video berkenaan,” kata Vivian.

 ?? FOTO: ?? KELUARGA besar Vivian Hoo (duduk, dua dari kanan) berkumpul bagi meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Kuala Lumpur.
FOTO: KELUARGA besar Vivian Hoo (duduk, dua dari kanan) berkumpul bagi meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia